Ekonomi

Pengarah bebas baharu Serba Dinamik, Mohamed Ilyas dilantik sebagai Pengerusi

Pengarah bebas Serba Dinamik Holdings Bhd yang baru dilantik, Datuk Mohamed Ilyas Pakeer Mohamed telah dilantik sebagai Pengerusi bukan eksekutif baharu, yang kini menghadapi masalah audit yang dibangkitkan oleh juruauditnya, KPMG.

Penyusunan semula dibuat pada hari Selasa (15 Jun), menurut kenyataan kepada Bursa Malaysia semalam. Mohamed Ilyas juga merupakan pengarah di Koperasi Amanah Pelaburan Bhd, AP Holding Bhd dan Hartanah AP Rakyat Bhd.

Sementara itu, Serba Dinamik mengumumkan bahawa bekas pengerusi Datuk Mohamed Nor Abu Bakar kini menjadi pengarah bebas.

Pada hari Isnin (14 Jun), syarikat mengumumkan pelantikan Ernst & Young Advisory Services Sdn Bhd (EY) sebagai penyemak bebas untuk menilai perkara yang dibangkitkan oleh KPMG.

Selain itu, syarikat minyak dan gas itu juga mengumumkan pelantikan tiga pengarah bebas dan bukan eksekutif tambahan, iaitu Mohamed Ilyas, Masleena Zaid dan Johan Mohamed Ishak.

Sebelum tiga perlantikan tersebut, Serba Dinamik sudah mempunyai empat pengarah bebas yang merupakan bekas rakan kongsi KPMG Malaysia, Hasman Yusri Yusoff, bekas pengarah urusan Nationwide Express Holdings Bhd, Rozilawati Basir, serta akauntan Sharifah Irina Syed Ahmad Razi dan peguam Tengku Datuk Seri Hasmuddin Tengku Othman.

Pelantikan EY dan pengarah bebas telah memberi kesan kepada peningkatan segera kepada harga saham syarikat. Walau bagaimanapun, momentum belian tersebut tidak berterusan.

Krisis dalaman Serba Dinamik telah mendapat perhatian media sejak akhir Mei lalu, ketika syarikat mengumumkan bahawa juruauditnya telah membangkitkan mengenai beberapa perkara yang meragukan yang berkaitan dengan audit berkanunnya.

Namun, pengarah urusan dan ketua pegawai eksekutifnya, Datuk Dr Mohd Abdul Karim Abdullah memberitahu dalam sesi sidang media pada 29 Mei bahawa pihak pengurusan “tidak melakukan apa-apa yang salah”.

Karim, yang juga pemegang saham terbesar, menggambarkan juruaudit luaran KPMG bertindak dengan cara yang “tidak adil” dan “pelik” kerana melaporkan terus kepada pengarah bebas syarikat untuk menangani masalah audit tersebut – dan bukannya memberi penerangan terlebih dahulu kepada pihak pengurusan. Lalu, syarikat itu menyalahkan KPMG kerana menunda penyelesaian audit berkanun, yang mengakibatkan Serba Dinamik kehilangan tarikh akhir audit.

Isu-isu yang cuba diketengahkan oleh KPMG adalah berkaitan dengan beberapa transaksi penjualan, penghutang dan hutang, termasuk kontrak IT di luar negara. Jumlah keseluruhan yang terlibat adalah lebih daripada RM4 bilion. – SM

Kredit : TheEdgeMarkets.Com

(Visited 1,204 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button