Berita

Pengarah Bahagian Tani lawat projek pertanian satelit

Datuk Yatimah Sarjiman, Pengarah Bahagian Tani telah mengadakan lawatan kerja turun padang melihat tapak Projek Satellite Farm Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Langat di Kg. Teluk Mengkuang, Teluk Panglima Garang.

Antara pengisian lawatan tersebut adalah taklimat penggunaan Fertigation System yang mengusahakan tanaman timun dan cili melalui penggunaan IOT.

Pengarah juga dibawa melawat Pusat Pengumpulan Hasil Pertanian (PPHP) di mana aktiviti saluran pasaran hasil secara berkelompok dijalankan.

PPK Kuala Langat juga mengusahakan integrasi lembu di ladang sawit menggunakan konsep mentor dan mentee dalam ternakan lembu bagi lembu korban.

Pertanian pintar dan bernilai tinggi merupakan salah satu Aktiviti Pertumbuhan Ekonomi Utama (KEGA) yang diberikan keutamaan dalam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

Turut sama Timbalan Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Selangor Encik Ahmad Fuad Zakaria bersama Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Negeri Selangor Encik Mohd Azzrinie Bin Shafie serta Warga Kerja LPP.

(Visited 416 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button