Nasional

UIAM kaji bangunan bersejarah UPSI

MUZIUM Pendidikan Nasional (MPN), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah merealisasikan konsep pembelajaran menerusi warisan sejarah sebagai satu medium pembelajaran dengan Kerjasama Pengajian Seni Bina, Jabatan Seni Bina, Kulliyah Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar, UIAM.

Menurut Prof. Mayda Dr. Nayeem Asif, kerja lapangan bagi kursus AAR 3102 Pengajian Warisan 1 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tg. Malim, Perak, merupakan mata pelajaran teras dalam program Sarjana Muda Sains dalam Pengajian Seni Bina yang ditawarkan oleh Jabatan Seni Bina, Kulliyyah Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar, UIAM.

“Ia merupakan kursus akhir dalam program ini dan hanya ditawarkan pada Semester 1 dan 2 hingga pelajar tahun akhir/ tamat pengajian.

“Kursus Heritage Studies ialah kursus berasaskan kerja berkumpulan yang melibatkan dua bahagian utama iaitu kerja lapangan (2 minggu) dan dokumentasi kerja lapangan (8 minggu).

“Kerja lapangan dilakukan dengan kerjasama Muzium Pendidikan Nasional UPSI pada minggu ke-3 Semester 1 2021-2022, pelajar menjalankan kajian warisan ke atas tiga bangunan warisan yang telah dipilih dan kerja lapangan ini mengambil masa 6 hari untuk disiapkan.

“Pelajar dikehendaki mengukur, merekod dan menganalisis aspek fizikal bangunan dalam konteks budaya dan sejarahnya,” katanya.

Jelasnya lagi, selepas kerja lapangan, pelajar dikehendaki membentangkan hasil kerja mereka dalam lukisan terukur, laporan, poster, katalog, model dan video bangunan dan kesemua ini akan berakhir dengan pameran pada penghujung semester di UIAM.

Prof. Dr. Tajul bersama pengkaji dari UIAM di hadapan MPN

Dalam pada itu, menurut Pengarah MPN UPSI, Prof. Dr. Tajul Shuhaizam bin Said, pemilihan tiga bangunan bersejarah di UPSI sebagai satu fokus penyelidikan dalam bidang seni bina merupakan satu inisiatif yang sangat bertepatan kerana ia dapat memberikan satu sudut pandang baharu kepada penyelidik bagaimana elemen seni bina Barat diadaptasi ke persekitaran tempatan.

“Bangunan SKTM, pada asalnya dikenali sebagai sekolah latihan SITC, kemudian dinamakan sebagai Sekolah Kebangsaan Tanjong Malim (SKTM). Ia diperbuat daripada kayu dan menyerupai reka bentuk sekolah kolonial British. Pada tahun 1930, sekolah ini telah dibuka oleh Cikgu Lembang, iaitu, guru besar dan ia terletak di dalam kampus lama UPSI. Ia telah menjadi sekolah latihan mengajar SITC untuk pelajar prasiswazah sebelum mereka ditempatkan untuk mengajar di sekolah. merupakan lokasi kajian kepada pelajar kuliah senibina UIAM.

“Manakala bangunan kedua iaitu rumah tamu pernah menjadi pangkalan tentera British semasa perang dunia II dan juga sebagai rumah kepada tenaga pengajar di SITC pada masa lalu, turut menjadi lapangan kajian bagi pelajar mengkaji keunikan seni bina tersebut.

“Seterusnya adalah Rumah Pengetua MPSI yang diperbuat daripada kayu dan dibina antara tahun 1919 hingga 1922. Ia pada asalnya dirancang untuk digunakan sebagai kediaman Timbalan Pengetua SITC tetapi akhirnya digunakan sebagai kediaman pensyarah Inggeris,” katanya.

MPN UPSI turut berharap agar inisiatif kerjasama dengan pihak luar dapat menjadikan MPN UPSI di antara muzium yang dirujuk terutama berkaitan isu pensejarahan pendidikan di Malaysia.

Di samping itu, Muzium Pendidikan Nasional telah melancarkan 2 kempen sempena Sambutan 10 Tahun MPN iaitu Kempen Derma Artifak dan Kempen Volunteer Muzium Pendidikan Nasional yang mana mempelawa seluruh masyarakat untuk turut serta dalam kedua-dua kempen ini dengan melayari laman sesawang MPN UPSI. – SM

(Visited 603 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button