Politik
Trending

Kemelut politik: Ku Li jadi PM atau darurat dua pilihan terbaik

YANG di-Pertuan Agong, As Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah dicadangkan menilai dua pilihan dikatakan terbaik bagi menyelesaikan kemelut politik.

Cadangan pertama adalah memperkenan pembentukan kerajaan perpaduan dengan melantik Ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Tengku Mohd. Hamzah sebagai Perdana Menteri.

Kedua pula adalah mengisytiharkan darurat dengan melantik jawatankuasa Majlis Gerakan Negara (Mageran) seperti yang pernah berlaku pada 13 Mei 1969.

Kedua-dua cadangan tersebut adalah bagi mengatasi masalah paling utama dalam negara iaitu krisis kesihatan penularan pandemik Koronavirus (Covid-19).

Malah cadangan itu juga disifatkan sebagai penyelesaian terbaik untuk menamatkan polemik perebutan kuasa yang merugikan rakyat dan negara akibat ketidakstabilan politik.

Ini kerana, pembubaran Parlimen bagi memberi laluan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada waktu sekarang adalah sangat tidak wajar dan berisiko tinggi.

“Jadi, apa kita hendak buat, ada cadangan daripada pihak telah mengutarakan apa kiranya demi kebaikan negara dan kesejahteraan rakyat, diwujudkan ‘kerajaan uniti’.

“Kalau kita hendak wujudkan kerajaan perpaduan, semua pihak kena setuju dan siapakah calon yang boleh diterima oleh semua pihak untuk mengetuai kerajaan perpaduan.

“Mestilah calon yang tidak kontroversi, calon yang boleh diterima semua rakyat, kaum Melayu, Cina, Inda dan semua sekali, berpengalaman, ada integriti.

“Jadi, saya tidak Nampak. Yang saya nampak seorang sahaja iaitu Tengku Razaleigh.

“Yang ada syarat-syaratnya, boleh mengetuai kerajaan perpaduan sebab rekod beliau seorang yang berpengalaman dan banyak jasa pada negara, tokoh berilmu dengan ijazah perekonomian.

“Dan pengalaman-pengalaman beliau dahulu, zaman pentadbiran Tun Abdul Razak cukup banyak, beliau tidak kontroversi.

“Kakitangan kerajaan hormati beliau. Orang Melayu, Cina, India saya nampak memang selesa dengan Tengku Razaleigh.

“Pilihan yang kedua terbaik pada saya ialah apakata kita rakyat memohon ampun perkenan Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan negara kita ini darurat bertempoh iaitu darurat sehingga cukup tempoh pada PRU-15 bulan Mei 2023.

“Dan untuk negara diisytihar darurat dalam keadaan sekarang ini, ada dua saya lihat elemen yang penting melayakkan negara kita ini diisytihar darurat.

“Satu, kerana poltik tak stabil. Muhyiddin dikatakan hilang sokongan, ada pihak kata dia ada lebih tetapi selepas ini ada pula kurang.

“Lebih kurang, lebih kurang semuanya tak stabil sebab sokongan itu tidak solid betul-betul antara dua pihak.

“Kerana tidak ada kerajaan yang kuat, kepimpinan yang kuat. Seeloknya diisytihar darurat.

“Bila kita diisytihar darurat, Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa melantik Mageran (Majlis Gerakan Negara) seperti 13 Mei.”

Demikian kata Presiden Parti Bumiputera Perkasa (Putra) Datuk Dr. Ibrahim Ali dalam sidang akhbar di ibu pejabat parti tersebut di Kuala Lumpur hari ini.

Dalam sidang akhbar tersebut juga beliau mencadangkan supaya diadakan Sidang Khas Dewan Rakyat bagi menentukan kedudukan sebenar Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kerajaan.

Menurut beliau, sidang tersebut adalah perlu memandangkan usul mengenai undi tidak percaya yang dicadang untuk dibahas dalam Sidang Dewan Rakyat lepas tidak laksana.

Malah perkara tersebut dibangkitkan Tengku Razaleigh yang juga bekas Menteri Kewangan era Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri.

“Sebelum ini lagi saya kata yang terbaik segerakan Sidang Parlimen Khas dan bawa usul undi tidak atau percaya kepada kerajaan yang ada sekarang di bawah Muhyiddin.

“Buktikan secara terbuka dalam Parlimen, jangan bermain politik berselindung itu dan ini, ia membuatkan rakyat bercelaru. Segerakan sidang parlimen.

“Dan amat mengejutkan dua hari yang lalu, Tengku Razaleigh mendedahkan surat kepada Speaker Dewan Rakyat mengenai hasrat untuk bawa usul undi tidak percaya.

“Dan menerima jawapan daripada beliau Datuk Azhar Harun yang terkenal dahulu peguam bijaksana yang liberal, terbuka.

“Bila saya baca surat jawapan kepada Tengku Razaleigh, saya rasa hendak tertawa dan marah pun ada sebab saya jadi anggota Parlimen tiga penggal,” katanya. – SM

(Visited 240 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button