Parlimen

Pengajaran tulisan jawi di SJK diteruskan

KERAJAAN Perikatan Nasional meneruskan dasar Kerajaan Pakatan Harapan berkaitan pengenalan tulisan jawi di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil pada 2019.

Menurut Timbalan Menteri Pelajaran Muslimin Yahaya, tulisan jawi adalah seni bahasa yang perlu diperkayakan dan diwarisi justeru pengajarannya akan diteruskan di sekolah.

“Kami mengikut keputusan Jemaah Menteri bertarikh 14 Ogos 2019 yang memutuskan supaya pengenalan tulisan jawi tetap diteruskan Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan. Pada dasarnya kita mengikut sahaja arahan yang telah buat oleh jemaah menteri.

“Pengajaran tulisan Jawi telah dimomokan, kita bukan mengajar pelajar menulis, membaca tulisan jawi. Kita hanya dalam proses pengecaman. Proses pengecaman yang diperkenalkan pada tahap 2 tahun 4 bermula tahun ini adalah hanya pengecaman.

“Contoh dalam duit kita ada ditulis Bank Negara Malaysia dan ringgit Malaysia dalam jawi jadi ini adalah proses pengecaman,” jelas Muslimin dalam Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalah Ahli Parlimen Jerai Sabri Azit berkaitan dasar kerajaan PN berkaitan pengenalan tulisan jawi di SJK.

“Kami mendapat maklumat hanya 2.9 peratus daripada keseluruhan SJK untuk melaksanakan pelajaran jawi untuk murid tahun empat bagi tahun ini.

“Bagi SJKC 2.7 peratus daripada 1269 sekolah bersetuju bagi pelaksanaan tersebut SJKT hanya 0.2 peratus daripada 525 sekolah bersetuju dengan pelaksanaan tersebut.

“Apakah JPM akan meneruskan pelajaran tulisan jawi dalam mala pelajaran bahasa Melayu di sekolah rendah. Adakah jumlah muka surat dalam teks kekal tiga muka surat bagi tahun 2021,” tanya Sabri.

Sebelum itu Sabri ingin mengetahui kesinambungan tulisan Jawi yang ditiadakan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia sedangkan kursus-kursus berkaitan jawi disediakan di peringkat Institusi Pengajian Tinggi.

Muslimin berkata, kemahiran membaca dan menulis jawi di sekolah menengah masih diberi penekanan melalui pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam.

“Penggunaan tulisan jawi dalam buku teks matapelajaran pendidikan Islam dari tingkatan 1 hingga 5 juga bertujuan mengukuhkan kemahiran murid dalam penguasaan jawi.

“Sehingga kini kemahiran membaca dan menulis jawi masih lagi diuji dalam pentaksiran tingkatan 3 dalam matapelajaran pendidikan Islam.

“Selain matapelajaran pendidikan Islam , mata pelajaran pendidikan syariah Islamiah dan pendidikan al-Quran dan al-sunnah menggunakan jawi sepenuhnya termasuk dalam soalan peperiksaan,” kata Muslimin.

Katanya, elemen penggunaan jawi dalam kalangan murid dilaksanakan melalui aktiviti pengayaan seperti membina modul pemulihan jawi dengan lebih mudah dan menarik bagi murid yang kurang menguasai tulisan jawi.-SM

(Visited 372 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button