PolitikPRK

PRK Dun Bugaya: Hari penamaan calon pada 5 November

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan tarikh Hari Penamaan Calon bagi PRU Ke-15 dan PRK DUN N.66 Bugaya, Sabah adalah pada 5 November 2022 (Sabtu ini).

Perkara itu dimaklumkan oleh Dato’ Indera Ikmalrudin Ishak, Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia.

Dato’ Indera berkata kertas penamaan calon boleh diserahkan dari jam 9.00 pagi sehingga 10.00 pagi kepada Pegawai Pengurus di 222 Pusat Penamaan Calon (PPC) yang berkenaan.

“Kepada bakal-bakal calon yang ingin bertanding dalam PRU Ke-15 dan PRK DUN N.66 Bugaya, Sabah agar mengisi borang dan membuat semakan awal dengan Pejabat Pegawai Pengurus atau Pejabat Pilihan Raya Negeri di seluruh negara, sebelum Hari Penamaan Calon,” katanya. – SM

 

(Visited 225 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button