Nasional

Penerima suntikan ‘picagari kosong’ akan disuntik semula – Dr Adham

SHAH ALAM: Individu yang terbukti diberikan suntikan vaksin ‘picagari kosong’ akan menerima suntikan dos baharu.

 

[sociallocker]

Memetik laporan BH Online, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata pihaknya akan memanggil individu berkenaan untuk menerima suntikan semula.

“Dipanggil suntik semula,” katanya secara ringkas ketika ditanya menerusi aplikasi WhatsApp.

Sebelum ini tular mengenai beberapa kejadian suntikan vaksin COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang didakwa membabitkan picagari kosong.

Antara kes dilaporkan termasuk kejadian pada Sabtu lalu di PPV pandu lalu Kem Lapangan Terbang Sungai Petani, Kedah, di mana PPV itu dikhaskan kepada anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan ahli keluarga mereka sahaja.

Vaksinasi di PPV itu dilaksanakan oleh petugas daripada Rumah Sakit Angkatan Tentera (RSAT) di kem itu.

[/sociallocker]

 

(Visited 447 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button