KesihatanRencah Hidup

Penemuan saintis: Antibodi Llama boleh matikan varian Delta, hentikan Covid-19

ENTAH betul, entahkan tidak. Katanya antibodi sejenis haiwan yang dikenali sebagai Llama mungkin boleh mematikan varian Delta dan sekaligus, menghentikan pandemik Covid-19.

Sekadar pengisian untuk tatapan pembaca Rencah Hidup, bagaikan ada sinar baharu buat seluruh dunia apabila para saintis membuat penemuan, antibodi daripada haiwan Llama mungkin boleh mematikan virus Covid-19.

Perkara itu didedahkan oleh penyelidik Pusat Bioteknologi Perubatan VID-UGent di Ghent.

Menurut Ketua Pegawai Perubatan ExeVir VIB-UGent, Domunique Tersago, antibodi yang diekstrak daripada seekor Llama dilihat boleh menghapuskan penularan koronavirus.

Menurut Tersago lagi, antibodi itu digelar sebagai Winter, turut berupaya mematian varian Delta.

Katanya, Llama menjana antibodi yang luar biasa secara semulajadi.

“Saiznya yang kecil dapat bercantum dengan bahagian tertentu pada spike protein virus, sekaligus tidak membenarkan antibodi yang lebih besar masuk,” katanya.

Katanya lagi, mereka juga tidak nampak mutasi pada kadar tinggi sambil menambah, antibodi ini juga menunjukkan tahap penueteralan kuat terhadap varian Delta yang mudah menular iaitu dalam tempoh 15 saat.

Untuk rekod, Winter menghasilkan versi antibodi yang lebih kecil, stabil dan lebih mudah dihasilkan berbanding mamalia lain.

Dan Llama adalah sejenis binatang seperti unta tetapi tidak mempunyai bonggol di bahagian belakang.

Haiwan ini berasal dari Amerika Selatan dan biasanya digunakan untuk pengangkutan dan turut dijadikan sumber makanan oleh masyarakat Andean.

Llama mempunyai leher yang panjang dengan ketinggian mencapai 5.5 sehingga 6 kaki apabila berdiri dan tempoh hayatnya ialah antara 20 hingga 25 tahun. – SM

(Visited 331 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button