Hiburan

Caliph Buskers masih menunggu bayaran seperti yang dijanjikan

Kumpulan Caliph Buskers dakwa masih belum menerima baki bayaran sebanyak RM8,00, mereka sebelum ini hanya menerima RM2,000 sahaja daripada jumlah yang dijanjikan sewaktu membuat persembahan di sebuah karnival yang berlangsung di Pulau Pinang pada hujung tahun lepas.

Menurut mereka yang dianggotai Azmi, Fendy, Zaki dan Nirwan tidak halalkan baki yang belum dibayar , seperti yang dijanjikan oleh pihak penganjur, mereka dijanjikan diberi bayaran RM10,000.

Namun sehingga kini individu yang berurusan dengan mereka juga tidak dapat dihubungi.

“Boleh dikatakan program tersebut gagal, jadi mereka tiada duit untuk bayar kita tapi itu bukan masalah kita, itu adalah masalah dia, apabila kami cari mereka sudah tidak dapat dihubungi.’

‘’Bukan kami sahaja, malah ramai pihak terbabit tidak dapat payment, peniaga juga ramai yang terjejas’’. Jelas Azmi mewakili Caliph Busker ketika ditemui pada sidang media pelancaran lagu terbaru mereka yang berjudul Inspirasi.

Tambah Azmi lagi, sehingga kini mereka masih menunggu dan bersangka baik bahawa pihak penganjur sedang melarikan diri buat sementara waktu untuk mengumpul duit dan membayar semula kepada mereka.

Bersoal tentang kerjaya seni kumpulan itu, Caliph Buskers kini muncul dengan lagu baharu berjudul Inspirasi yang dicipta Azmi dan ditulis oleh Datuk Haji Reduan Yusof.

Caliph Busker, mendedangkan lagu Inspirasi

Inspirasi adalah merupakan lagu baru daripada Caliph Buskers yang diterbitkan oleh Rubbertapper Production House (M) Sdn Bhd dan bekerjasama Masyur-Universal Music sebagai pengedar.

Inspirasi ditulis oleh Datuk Haji Reduan Yusof.

‘’Lagu ini lebih kepada general, setiap orang ada perjuangan masing-masing, ada yang berjuang pertahankan rumah tangga ada yang dalam kerjaya apa pun, lagu ini untuk menaikkan semangat.’’ Katanya.

Muzik video lagu Inspirasi ini, diarahkan oleh pengarah terkenal iaitu Amie Maziah Abd Rahman yang memberikan sentuhan lebih mendalam dalam penceritaan tentang semangat untuk menempuh kehidupan yang banyak dengan dugaan.

Artikle Berkaitan :>

Azmi Caliph Buskers pernah gadai barangan kemas isteri kerana hidup susah

Cinta ditolak wanita celik, Fendy Caliph Buskers bikin lagu

(Visited 49 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button