Nasional

Polis siasat dakwaan dua rakyat Malaysia ditahan di Kabul

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan susulan laporan media dan dakwaan kononnya terdapat dua rakyat Malaysia ditahan pihak berkuasa Taliban di Afghanistan.
Kedua-dua rakyat individu yang belum dikenal pasti itu  ditahan kerana didakwa terlibat sebagai anggota Daish.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, buat masa ini pihak PDRM tidak mempunyai sebarang maklumat berhubung penglibatan mana-mana rakyat Malaysia dengan aktiviti Daish di Afghanistan.
“Walau bagaimanapun, PDRM telah mengemukakan permohonan kepada agensi-agensi keselamatan luar negara bagi mengesahkan laporan serta dakwaan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan media.
Siasatan juga sedang dijalankan berhubung kemungkinan berita yang dilapor tersebut, melibatkan pejuang Daish warganegara Malaysia yang telah sedia ada berada di luar negara.
Sebelum ini sebuah portal berita yang berpangkalan di Britain, The Times melaporkan pihak berkuasa Taliban sedang menyoal siasat dua warga Malaysia yang didakwa berjuang bersama IS-K.
IS-K dikaitan dengan kumpulan Daish di Afghanistan.
Laporan portal itu memetik ketua perisikan Taliban, Maulawi Saifullah Mohammed yang mengatakan kedua-dua mereka ditahan bersama empat lagi anggota IS-K sepanjang pertempuran berbalas tembakan pada malam Khamis.-SM
(Visited 110 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button