Luar Negara

Penduduk Rebut Barang Dapur Dari Lori Terbalik, Netizen Kecam Sikap Tidak Berperikemanusiaan

JAKARTA – Tindakan sekumpulan penduduk di Banyuasin, Sumatera Selatan, berebut barangan dapur dari sebuah lori terbalik mencetuskan kemarahan ramai selepas video kejadian itu tular di media sosial.

Lori berwarna hijau itu terbalik di tepi jalan dan bukannya dibantu, pemandunya hanya melihat apabila penduduk sekitar menyerbu kenderaan tersebut untuk mengambil kotak-kotak berisi pelbagai barangan dapur.

Sebahagian mereka bahkan memanjat masuk ke dalam lori dan mengangkut barang ke atas motosikal serta kereta tanpa rasa bersalah, walaupun ditegur oleh perakam video yang menyifatkan mereka sebagai pencuri.

“Ambillah jika tidak tahu malu,” ujar perakam dengan nada kesal, namun tindakannya tidak diendahkan.

Aksi rakus tersebut mengundang kecaman hebat netizen yang menyifatkan perbuatan itu sebagai tidak berperikemanusiaan dan mencerminkan sikap pentingkan diri dalam situasi kecemasan.

Sumber : Refleks!

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

shahrin

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.
Back to top button