Luar Negara

Penduduk Mykolaiv jadi sasaran – Presiden Ukraine

12 ORANG terbunuh manakala 33 lagi tercedera, selepas peluru berpandu Russia membedil sebuah bangunan kerajaan serantau di Mykolaiv semalam kata pasukan kecemasan Ukraine menerusi kenyataan di Telegram.

Terdahulu, pegawai dilaporkan berkata, sembilan terbunuh dan 28 cedera dalam kejadian terbabit.

Pasukan penyelamat bertungkus-lumus membersihkan sisa runtuhan dan seorang petugas perempuan perubatan berpakaian litup merah sedang membantu seorang lelaki yang terbaring dalam pengusung, dengan mukanya berlumuran darah.

Menerusi rakaman video, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, mengutuk sekeras-kerasnya serangan berkenaan.

“Penduduk Mykolaiv tidak memberi ancaman kepada Russia. Meskipun begitu, seperti semua warga Ukraine, mereka menjadi sasaran tentera Russia,” katanya. – Berita Harian – SM

(Visited 110 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button