Nasional

UPSI tumbang 11 ekor lembu sempena Hari Raya Aidil Adha

Masjid Al- Mursyidin, Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI) menunaikan ibadah korban dengan menumbangkan 10 ekor lembu serta sekor lembu sedekah sempena sambutan Hari Raya Aidil Adha.

Pengarah Pusat Islam, Muhammad Tarmizi Abdul Rahman berkata penyembelihan dilakukan di perkarangan Masjid Al-Mursyidin kira-kira pukul 9.15 pagi selepas jemaah menunaikan Solat Sunat Aidiladha.

Katanya, pada tahun ini sebanyak 10 ekor lembu disembelih pada pagi raya manakala seekor lembu disembelih lebih awal yang disumbangkan oleh Pusat Wakaf, Endowmen, Zakat, Khairat dan Sedekah (WEZAS) untuk masakan kenduri serta dua bahagian akikah.

Warga UPSI menyembelih lembu di perkarangan Masji Al-Mursyidin, Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City.

Menurut beliau seramai 300 sukarelawan terdiri daripada kakitangan dan pelajar UPSI hadir bagi sama-sama bergotong royong mengikut pembahagian tugasan bermula daripada menumbangkan lembu, melapah, memotong, menimbang daging, dan juga tugas-tugas memasak.
Hadir sama Pendaftar Universiti, Helmi Zaifura Abdul Rahman mewakili Naib Canselor dan Pengurusan UPSI.

Pusat Islam UPSI, katanya, turut diberi kepercayaan melaksanakan korban yang disertai mantan Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr Mohamad Shatar Sabran yang kini menjawat jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Mantan Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Mohamad Shatar Sabran (dua dari kiri) turut menyertai ibadah korban tahun ini.

“ Ibadah korban yang dilaksanakan secara bergotong-royong membabitkan warga UPSI dapat mengeratkan hubungan baik agar kekal terjalin sepanjang masa,” katanya.

Beliau berkata program ini berakhir dengan sesi agihan daging kepada para peserta dan jamuan makan tengahari.

“Pusat Islam UPSI turut merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan buat semua sukarelawan yang memberikan komitmen membantu sepanjang proses Ibadah Korban,” katanya.

Beliau berkata daging korban diagihkan kepada asnaf-asnaf sekitar Muallim dan diserahkan kepada wakil perkampungan Sungai Dara, Taman Perumahan Awam Tiga, Perumahan Awam Satu, Jalan Ketoyong dan beberapa kampung sekitar Tanjong Malim. -SM

Baca juga : UPSI, UM, UKM bekerjasama perkukuh Pengajian Melayu UA

(Visited 84 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button