Politik

Anwar dakwa dapat sokongan MP Melayu, Islam bentuk kerajaan

PRESIDEN PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan beliau sudah mendapat sokongan kukuh daripada Ahli Parlimen berbangsa Melayu dan Islam untuk menubuhkan kerajaan.

Dalam satu sidang akhbar hari ini, Anwar berkata beliau telah diperkenankan untuk mengadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kelmarin pada pukul 11 pagi.

“Alhamdulillah kini saya telah mendapat sokongan yang kukuh dan menyakinkan daripada Ahli Ahli Parlimen untuk saya persembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong. Ingin saya nyatakan di sini majoriti yang menyokong saya ialah Ahli Parlimen Melayu dan Islam.

“Untuk maklumat semua, sebenarnya saya telah diperkenankan untuk mengadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kelmarin, Selasa 21 September jam 11 pagi, tetapi terpaksa ditangguhkan kerana Baginda kini menerima rawatan di Institute Jantung Negara,” kata Anwar.

Anwar mendakwa dengan sokongan dan majoriti kukuh dan meyakinkan bermakna kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah jatuh.

Katanya, maklumat dan langkah selanjutnya akan beliau maklumkan selepas mengadap Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam masa yang terdekat.

“Pentadbiran ini pastinya mewakili semua rakyat, dengan majoriti Melayu-Bumiputra dan perwakilan saksama semua kaum di negara ini.

“Kami tetap menjunjung prinsip-prinsip perlembagaan yang mengiktirafkan kedudukan Islam, kedaulatan Raja-raja Melayu, memartabatkan kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa rasmi serta kedudukan istimewa Melayu-Bumiputra disamping jaminan tegas mempertahankan hak warga pelbagai kaum lain,” kata Anwar.

Anwar juga berjanji akan membentuk sebuah kerajaan dengan tatakelola berintegriti dan komited untuk menangani krisis yang melanda negara; menghentikan amalan rasuah dan membela nasib rakyat.

Beliau berjanji untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang makmur, aman dan adil untuk seluruh rakyat.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) sejak kelmarin.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, baginda dimasukkan ke Wad Diraja, IJN selepas mengadu kurang selesa dengan kesihatan.

“Adalah juga dimaklumkan bahawa Al-Sultan Abdullah dinasihatkan supaya diawasi oleh doktor ketika ini dan Seri Paduka Baginda tidak dalam keadaan yang membimbangkan.

“Baginda dijangka akan dibenarkan keluar dari IJN dalam waktu terdekat,” katanya dalam satu kenyataan semalam.-SM

(Visited 162 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button