Nasional

Kad media bukan lesen diperlukan wartawan-Fahmi

KAD media yang dikeluarkan kepada wartawan bukanlah lesen yang diperlukan untuk para wartawan menjalankan tugas sebaliknya kad media yang dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan (JPen) adalah semata-mata untuk memudahkan kalangan wartawan mengakses dan menghadiri acara rasmi kerajaan.

Demikian pencerahan yang diberi oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil tentang kad media.

“Ini bukan seperti lesen perubatan yang diperlukan oleh doktor untuk berlatih, sebagai contoh. Kewartawanan bukan profesion seperti peguam, arkitek atau doktor di mana lesen diperlukan untuk bekerja dalam bidang itu,” kata Fahmi dalam Majlis di Menara CelcomDigi, hari ini.

Fahmi turut mempertahankan semakan berterusan terhadap terma dan tempoh sah laku selama dua tahun untuk kad media.

“Ia bukan untuk menyekat kebebasan bersuara. Kad media bukan lesen yang diperlukan wartawan dan (tidak memilikinya) tidak melarang wartawan membuat laporan berita, justeru (ia) tidak menghalang kebebasan media,” ujar beliau.

Fahmi turut mendakwa menemui seorang wartawan dari organisasi media dalam talian (online) yang memiliki kad media tamat tempoh semasa pelancaran kod etika terkini pengamal media.

Beliau berkata, ia antara faktor yang sedang dipertimbangkan dalam semakan kad media.

“Ada beberapa aspek yang saya minta Jabatan Penerangan teliti. Ia masih dalam semakan dan harap kami dapat membuat pengumuman mengenai perkara ini tidak lama lagi,” katanya sambil menambah tempoh sah kad media dipendekkan belum dilaksanakan.

Semalam, Malaysiakini melaporkan kad media baharu untuk wartawan dari media dalam talian (online) akan mempunyai tempoh sah lebih pendek.

Satu Laporan kemudiannya memetik Jabatan Penerangan sebagai berkata, ia sedang menyemak SOP bagi pengeluaran kad media.

Kad media untuk wartawan tempatan biasanya sah selama dua tahun manakala wartawan bekerja dengan organisasi media asing diberikan pas setahun.

Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ) kemudiannya menggesa kerajaan agar bersikap telus mengenai kaedah semakan terma kad media.

Kata Fahmi, Kementerian Komunikasi perlu mengekalkan tempoh sah dua tahun untuk kad media tanpa mengira seseorang wartawan itu bekerja untuk syarikat atau organisasi media tempatan yang mana. – SM

BACA Berikut Kod etika wartawan

(Visited 31 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button