Politik

Adakah 107 MP kerajaan tidak hadir kerana bantah belanjawan kementerian Hannah?

AGAK janggal juga membaca kenyataan balas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh berkaitan tindakan 28 Ahli Parlimen pembangkang daripada Pas dan BN yang tidak menyokong peruntukan kementerian beliau Selasa lalu.

Menurut Hannah, Ahli Parlimen yang tidak hadir ke dalam Dewan Rakyat tidak boleh disamakan dengan kesemua 28 Ahli Parlimen pembangkang yang hadir tetapi telah mengundi tidak bersetuju dengan belanjawan kemenyerian.

“Mereka ini secara terang-terangan telah mengundi tidak bersetuju dan cuba menggagalkan peruntukan untuk golongan miskin yang sangat memerlukannya,” kata Hannah dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Sememangnya nyata dan jelas dan tanpa dapat disorok-sorok bahawa 28 Ahli Parlimen pembangkang yang hadir tidak menyokong belanjawan Kementerian.

Namun adalah amat tidak wajar untuk menyatakan bahawa tindakan 107 Ahli Parlimen kerajaan yang tidak hadir ke dalam Dewan Rakyat pada waktu pengundian tidak boleh disamakan dengan tindakan 28 Ahli Parlimen pembangkang yang membantah belanjawan tersebut.

Adakah Hannah telah memastikan sebab mengapa 107 Ahli Parlimen kerajaan tersebut tidak hadir?

Adakah Hannah pasti mereka tidak hadir kerana ada sebab tertentu ataupun mereka juga secara diam-diam seperti 28 Ahli Parlimen pembangkang tersebut tidak menyokong  belanjawan Hannah? Kalau mereka menyokong kenapa mereka tidak hadir?

“Ada juga penyokong BN mengatakan mereka ini mengundi tidak setuju kerana mereka meminta peruntukan yang lebih tinggi. Walhal, tiada pertikaian fundamental tentang peruntukan yang telah dibentangkan semasa perbahasan.

“Inilah masalahnya apabila mereka tidak membaca buku Belanjawan 2020 dan hanya berminat main politik sahaja. Kementerian kami telah menerima kenaikan 4.44% untuk Belanjawan 2020 berbanding tahun lepas. Ini adalah penambahan sebanyak RM105,036,090 untuk golongan sasar kami. Itu pun ada yang tak nak sokong?” kata Hannah.

Daripada apa yang Hannah beritahu, ternyata belanjawan ini sangat penting. Jika begitu penting kepada golongan miskin kenapa lebih separuh Ahli Parlimen kerajaan tidak berada dalam Dewan Rakyat pada waktu itu? Rakyat tertanya dan mereka mahukan jawapan.

Hannah perlu bersemuka dengan 107 Ahli Parlimen kerajaan ini untuk dapatkan jawapan sekaligus memadamkan kesangsian rakyat bahawa mereka tidak membantah atau mahu mensabotaj belanjawan kementerian Hannah!

“Jadi nasihat saya, terimalah hakikatnya bahawa selama-lamanya 28 Ahli Parlimen BN dan PAS ini telah mengundi tidak bersetuju peruntukan untuk kebajikan. Ini adalah fakta. Itu adalah hakikatnya.

“Nama mereka akan tercatat dalam sejarah sebagai Ahli-Ahli Parlimen yang tidak bersetuju dengan peruntukan kebajikan untuk orang miskin yang sangat memerlukan. Spin tahap mana pun tidak dapat mengubah hansard pada malam itu,” jelas Hannah.

Hakikatnya nama 107 Ahli Parlimen kerajaan yang tidak hadir mengundi pada malam itu juga akan terpahat dalam minda  orang miskin dan sangat memerlukan.

Apabila pilihan raya tiba orang miskin dan sangat memerlukan ini akan mengingati bagaimana Ahli-Ahli Parlimen tidak hadir itu telah mengabaikan mereka ketika berpeluang untuk mengundi peruntukan yang sangat diperlukan.-SM

(Visited 94 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button