NasionalNegeriPendidikan

Pendidikan, latihan asas kejayaan memperkasakan modal insan – Pemangku Raja

ASPEK pendidikan dan latihan merupakan asas kejayaan dalam usaha memperkasakan modal insan serta merupakan faktor kritikal bagi menjana dan mengekalkan pertumbuhan ekonomi sesebuah negeri dan juga negara, titah Pemangku Raja Perlis.

Baginda bertitah, dalam hal yang berkaitan, ketersediaan tenaga kerja berkemahiran tinggi adalah penting untuk menyokong sektor ekonomi ke arah digitalisasi, teknologi dan inovasi.

Titah Baginda, hasrat untuk memperkukuh pendidikan dan memperkasa modal insan dengan memperluas akses dan peluang pendidikan, meningkatkan kualiti program latihan kemahiran, dan meningkatkan jaringan kerjasama dengan industri adalah amat disambut baik khususnya bagi negeri Perlis.

“Melalui pendedahan kepada graduan di peringkat institusi pengajian tinggi, akademi dan institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di negeri ini, adalah amat diharapkan agar intipati strategi ini dapat diterapkan oleh semua pemegang taruh yang berkaitan bagi membolehkan para pelajar menerima manfaat,” titah Baginda.

Demikian titah Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat singgah bagi menyerahkan sumbangan zakat Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sebanyak RM1,000 kepada Masjid Nurul Ehsan Km 7 di Phnom Penh yang diterima oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Masjid berkenaan, Idris Saleh baru-baru ini.

Keberangkatan Pemangku Raja bersama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil diiringi oleh Setiausaha Ketiga Pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh, Mohd Syazwan Mohd Nasir.

Tambah Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Yang DiPertua MAIPs, pembelajaran sepanjang hayat atau ‘lifelong learning’ dengan aspirasi mendorong pembangunan pengetahuan dan kecekapan rakyat melalui tiga bentuk pembelajaran iaitu secara formal, bukan formal dan tidak formal juga perlu diperkukuhkan lagi bagi membangunkan rakyat yang mampu mengenalpasti kelemahan diri dan berupaya mengubah serta memperbaiki nasib diri serta keluarga tersayang masing-masing. – SM

BACA OKU berkemahiran TVET berpotensi kerjaya masa hadapan – Raja Muda Perlis

(Visited 49 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button