Ekonomi

Dr. Noorul Ainur saran peniaga gunakan e-commerce

Perdagangan dalam talian atau e-commerce telah meningkat dengan begitu ketara sekali di mana pada 2019 sebanyak USD38 billion meningkat kepada USD62 billion pada tahun 2020 dan menjelang 2025 akan melibatkan sebanyak USD172 billion. Justeru, ini merupakan masa yang paling tepat kepada wanita untuk menggunakan e-commerce dalam perniagaan mereka.

“Terdapat pelbagai Program Pembangunan Usahawan Wanita di bawah MEDEC yang boleh disertai serta permohonan geran dalam menjalankan perniagaan”.

Demikian disampaikan oleh Pengerusi Pertubuhan Aspirasi Kepimpinan (LEAD), Tan Sri Dato’ Sri Dr. Noorul Ainur Mohd. Nur dalam ucaptama beliau dalam ”Webinar Yayasan Tuanku Fauziah (YTF) – ’Women In Search of Excellence’; Pemerkasaan Wanita Dalam Industri Pelancongan” anjuran PUSPANITA Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) Perlis baru-baru ini.

Menurut beliau, usahawan wanita menjadi begitu penting kerana populasi di negara ini hampir 50 peratus adalah terdiri daripada wanita. Jika wanita tidak diambil kira dalam konteks pertumbuhan ekonomi maka negara akan rugi kerana telah meminggirkan 50 peratus orang yang boleh bekerja untuk meningkatkan ekonomi negara tetapi tidak dilibat sama.m

Peluang pekerjaan dapat diwujudkan dan tiada pengangguran di kalangan graduan kerana diterima bekerja di perusahaan mereka. Selain itu jurang gender dalam pekerjaan dapat dikurangkan. Kita dapat seimbangkan di antara lelaki dan wanita supaya tidak ada ketidaksamaan dalam aspek pekerjaan. Dalam konteks ini, wanita amat penting sebagai usahawan dalam negara kita.

Selain itu, dengan adanya wanita-wanita dalam sektor pekerjaan maka akan ada kemasukan pelaburan dari luar atau domestik apabila mereka dapat lihat usahawan-usahawan wanita yang berjaya dan boleh digunakan untuk meningkatkan lagi ekonomi negara. Ia juga menjadi inspirasi kepada wanita lain untuk turut terlibat sama dalam keusahawanan.

Tambah Tan Sri Noorul Ainur, beliau melihat DYTM Tuanku Raja Muda dan DYTM Tuanku Raja Puan Muda Perlis yang berkenan berangkat menyempurnakan perasmian pembukaan dan penutupan webinar berkenaan amat bersungguh-sungguh memastikan keusahawanan sebagai bidang yang berjaya di Perlis suatu masa nanti. Industri sPelancongan juga terletak di dalam sektor perkhidmatan, jadi penekanan harus diberikan kepada perkhidmatan untuk menjana pendapatan negara”.

Beliau turut menyeru para wanita agar mengambil peluang yang diberikan melalui Program Pembangunan Usahawan Wanita Tahun 2021 negara yang memperuntukkan RM2.26 billion iaitu peningkatan sebanyak 32 kali lebih daripada tahun 2020 sertà bakal memanfaatkan 309,966 penerima dan ia harus diambil peluang oleh wanita-wanita di Perlis.

(Visited 449 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button