Travel

Tawaran umrah yang paling rare mengenali ‘Umrah Jejak Rasul, Cinta Rasul’

Bagi mengenali dan mengenang kisah Rasul dan cintakan akan Rasul, Travel & Tours Sdn Bhd menawarkan pakej muslim termurah dan harga yang mampu milik di Malaysia dengan membawakan pengalaman melancong dengan adab dan rohani khusus bagi muslim.

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Kembara Sufi, Ustaz Al Fadzil Hidzir, sebelum ini agensinya menawarkan pakej pelancongan di Eropah Barat, Balkan, Timur Tengah, Scandi, New Zealand, Vietnam, Jepun, Turkey dan banyak lagi malah negara-negara ini mendapat sambutan yang memberangsakan.

Namun pada tahun hadapan 2024 dengan menyasarkan lebih 20,000 pelanggan akan memberi fokus kepada pakej umrah dengan lebih ‘rare’.

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Kembara Sufi, Ustaz Al Fadzil Hidzir

“Strategi terbaru kami dengan mengadakan pakej rare dan pakej nilai tambah lain menyasarkan lebih 20,000 orang akan mengunakan perkhidmatan kami.

“Bagi tahun 2024 ini juga, Kembara Sufi akan terjun dalam bidang umrah kerana permintaan yang sangat memberansangkan dan akan membuka pakej umrah bermodul lain dari yang lain iaitu ‘Umrah Jejak Rasul, Cinta Rasul’. Insha-Allah semoga usaha baik ini akan memberikan kemuliaan kepada kita semua,” katanya.

Pihaknya juga sudah bersedia miliki 200 pembantu mutawif bagi menyempurnakan ibadah umrah bersama agensi itu.

“Kembara Sufi kini memiliki jumlah pekerja dibawah pengurusan sahaja hampir 50 orang dan mempunya pembantu mutawif atau pemandu pelancong hampir 200 orang yang membawa setiap trip kembara sufi.

“Dengan bermotokan ” Pakej Muslim termurah di Malaysia” dan boleh bandingkan harga kami dengan harga pakej diluar sana, namun kami sangat mementingkan kualiti.

“Malah kami cukup menitik beratkan penjagaan solat, makanan halal dan pemandu pelancong yang menjadikan hampir 15,000 orang mengikuti pakej kembara sufi,” katanya.

Walaupun sebelum ini Hidzir pernah mengalami kerugian jutaan ringgit namun dia masih bersyukur kerana masih mampu menjalankan operasi penerbangan berkala.

“Memang terlalu banyak dugaan selepas musim covid di mana semua orang terkesan namun Alhamdulillah Kembara Sufi dapat bertahan.

“Walaupun kerugian jutaan ringgit demi untuk mendapat kepercayaan pelanggan selepas pandemik, dengan kos kerugian yang ditanggung melalui masalah penutupan hotel, pengurusan luar negara, penerbangan dan kos kenaikan sara tambahan secara mendadak menjadikan Kembara Sufi lebih bersungguh sungguh untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik.

“Tidak dinafikan terasa kerugian yang begitu tinggi ditanggung oleh kami demi memberikan kepuasan kepada pelanggan dengan menerbangkan secara berkala. Alhamdulillah sehingga hari ini boleh dikatakan lebih 95 peratus yang telah terbang bersama kami dan selebihnya disebabkan mereka membatalkan pada saat akhir kerana sakit dan tiada keluangan masa untuk memilih tarikh yang  ditetapkan oleh kembara sufi.

“Dengan izin Allah SWT, apabila kita buat yang terbaik, maka saya rasakan Allah SWT akan membantu kita dengan sambutan dan jualan tahun selepas covid meningkat dengan angka yang diluar jangkaan,” tambahnya lagi.

Artikle Berkaitan :>

Andalusia Travel tawar pakej Umrah Rahmah serendah RM5,590

12 Kisah Kehancuran Sesebuah Kaum Mengikut Garis Masa Zaman Nabi!

(Visited 46 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button