NasionalNegeri

Penderma darah diminta tampil, stok membimbangkan

JIKA Perlis mampu mencapai angka tertinggi di negara ini apabila 35 peratus daripada 250,000 rakyatnya menjadi penderma darah, segeralah tampil kerana stok darah kini pada tahap membimbangkan.

DR. WAN NOOR FALAH WAN YAHAYA

Pakar Perubatan Unit Transfusi Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar, Dr. Wan Noor Falah Wan Yahaya berkata, seperti yang dijangkakan cuti persekolahan dan juga Tahun Baharu Cina telah memberikan kesan terhadap stok darah.

Lagi membimbangkan, katanya, trend ini dijangka akan berlanjutan sehingga bulan Ramadan tidak lama lagi.

“Bekalan darah tidak boleh mencapai sehingga tahap kritikal tambahan pula kini berlaku peningkatan kes Covid-19,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, hari ini.

Wan Noor Falah berkata,  setakat ini kutipan darah pada minggu pertama Februari juga masih rendah.

“Stok darah dapat dikumpul hanya 150 pek sahaja,” katanya.

Beliau berkata, berbanding dengan sepanjang Januari lalu, sebayak 900 pek berjaya dikumpul.

Katanya lagi, dalam seminggu bekalan darah yang diperlukan adalah antara 150 hingga 200 pek.

Akholah Ahmad

Sementara itu, salah seorang penderma darah yang ditemui, Akholah Ahmad, 52, berkata, beliau telah menderma darah sekurang-kurangnya empat kali setahun sejak 2015.

“Kesedaran ini timbul kerana ingin membantu mereka yang memerlukan darah selain badan juga merasa lebih sihat, ” kata suri rumah dari Bukit Keteri.

Akholah juga menggalakkan tiga anaknya untuk menderma darah sebagai salah satu niat untuk membantu mereka yang memerlukan.

Mohamad Noor Hamidan

Mohamad Noor Hamidan, 30, pula menderma darah sejak menjalani latihan di kolej perubatan lagi.

Katanya, beliau menjadi penderma darah tetap sekurang-kurangnya empat kali setahun sejak bertugas di hospital. – SM

(Visited 305 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button