Nasional

Pendeposit TH perlu aktifkan akaun elak kategori tidak aktif

Akaun tak aktif tujuh tahun berturut-turut akan bersatus dorman

LEMBAGA Tabung Haji (TH) mengingatkan semua pendeposit yang tidak pernah melakukan sebarang transaksi selama tujuh tahun berturut-turut mulai tahun 2013, agar berbuat demikian.

TH dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, tujuan meminta pendeposit membuat transaksi adalah bagi mengelakkan akaun TH mereka daripada dikategorikan sebagai tidak aktif atau pun berstatus dorman.

Menurut kenyataan itu lagi, bagaimanapun, simpanan yang terdapat dalam akaun dorman  pendeposit, masih lagi boleh dituntut dan dibayar kepada pendeposit TH apabila akaun tersebut diaktifkan semula dengan melakukan sekurang-kurangnya satu transaksi simpanan atau pun pengeluaran wang.

“Transaksi boleh dilakukan di 10,000 touch points TH sama ada berusuran melalui kaunter, dalam talian (online) atau pun mesin ATM/CDM rakan strategic TH iaitu Bank Islam, Maybank, Bank Rakyat dan CIMB,” kata kenyataan tersebut.

Pendeposit TH perlu sentiasa bersatus aktif agar mereka dapat menerima manfaat menyimpan di TH seperti simpanan dijamin kerajaan, mendapat agihan keuntungan, zakat dibayar, patuh syariah, dikecualikan cukai dan turut serta dalam kempen simpan, daftar dan menang, katanya.

Bagi orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan akaun tidak aktif atau sebarang perkhidmatan TH, boleh hubungi talian Khidmat Pelanggan (THCC) di 03-62071919. – SM

(Visited 166 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button