HiburanLuar Negara

Cassidy La Creme cemas rumah dilanda gempa bumi 5.8 skala Richter

CASSIDY La Crème penyanyi kelahiran Australia yang mencipta nama di Malaysia cemas apabila kediamannya di Melbourne bergegar kerana dilanda gempa bumi pada magnitud 5.8 skala Richter awal pagi tadi.

Gempa bumi yang melanda kawasan tenggara Australia berlaku pada pukul 9 pagi waktu tempatan dan gegarannya turut dirasai sehingga ratusan kilometer dari pusat gempa.

Dalam perkongsian di Instagramnya, Cassidy memberitahu, dia baharu sahaja mengalami gempa bumi dan tidak seteruk mana.

Ketika masih merasai gegaran gempa, Cassidy keluar dari bilik dan dia nampak, kain tuala bergoyang walaupun disangkut di dinding.

“Saya tertanya-tanya, apakah yang sedang berlaku? Saya kemudiannya bertanya kepada ibu dan bapa, apakah mereka juga merasai apa yang saya rasai?

“Soalan saya disambut oleh ibu dengan bertanyakan soalan, adakah saya mengambil apa-apa bahan terlarang pagi ini?” kata Cassidy dalam laman IGnya.

Beliau berkata, berita gempa bumi yang jarang-jarang berlaku di wilayah berkenaan, diumumkan di corong-corong radio.

Sementara itu penduduk tempatan dilaporkan bertempiaran lari meninggalkan premis masing-masing selepas merasai gegaran kuat. – SM

(Visited 253 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button