Nasional

Pendapatan pengusaha nanas boleh cecah RM8,000 sebulan – Ronald Kiandee

PAGOH 2 Mac – Pendapatan pengusaha tanaman nanas dijangka meningkat daripada RM5,000 kepada RM8,000 sebulan kata Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee.

Menurutnya, melalui Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) melalui Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) pekebun kecil dan usahawan industri hiliran nanas  akan mendapat peruntukan berjumlah RM137 juta.

Beliau berkata, sektor industri nanas khususnya untuk eksport telah meningkat daripada 138 juta pada 2016 mengalami peningkatan sebanyak RM641 juta pada 2020.

“Pelbagai usaha telah dijalankan oleh kerajaan untuk membantu pengusaha nanas dan mengalakkan mereka untuk mengeksportnya.

“Semenanjung adalah pasaran terbaik untuk eksport nanas dan kita sasaran pendapatan mereka daripada RM5,000 sebulan meningkat kepada RM8,000 sebulan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri Program Jelajah Dialog Industri Makanan 2020 peringkat negeri Johor di Pagoh, hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi LPNM yang juga calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepong, Datuk Dr. Sahruddin Jamal.

Mengulas lanjut Ronald berkata, LPNM menyasarkan untuk meningkatkan kawasan tanaman nanas daripada 17,000 hektar pada tahun 2020 kepada 20,000 hektar menjelang 2025.

Jelasnya,  tanaman nanas varieti MD2 akan diperluaskan daripada 15 kepada 50 peratus berikutan permintaan tinggi  pasaran domestik dan eksport.

Dalam pada itu Ronald berkata, LPNM akan ditubuhkan di Sabah bagi membantu pengusaha untuk meningkatkan pendapatan mereka seperti mana di Semenanjung.

“Bagi mewujudkan LPNM di Sabah dana sebanyak RM1 juta diperuntukan bagi membantu pengusaha kerana tanaman nanas ada nilai eksport ” ujarnya.

(Visited 240 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button