Sukan

Gagal ke olimpik: Sekurang-kurangnya hoki jauh lebih baik daripada bola sepak

SKUAD hoki negara gagal layak ke Sukan Olimpik Tokyo apabila tewas kepada Britain dengan agregat 9-3 pada aksi kelayakan Sukan Olimpik Tokyo di London.

Kegagalan itu menyebabkan Malaysian Tigers terus kempunan untuk ke temasya sukan terbesar dunia itu sejak kali terakhir pada tahun 2000 di Sydney.

Walaupun gagal, namun skuad hoki kebangsaan jauh lebih baik daripada pasukan bola sepak negara yang ketika ini di peringkat ASEAN pun gagal memberikan saingan

Pasukan hoki negara telah bersaing di peringkat tertinggi dengan hanya Britain yang menjadi penghalang.

“Britain pasukan cukup baik. Pada aksi pertama kami ketinggalan dengan tiga jaringan dan ia memberikan lebih tugasan buat kami untuk menyerang pada aksi kedua ini. Walaupun ia tidak menjadi seperti diharapkan, tetapi saya tetap berbangga dengan usaha keras seluruh pasukan,” kata ketua pasukan hoki negara Mohamad Syukri Abdul Mutalib.

Pasukan negara berada di laluan sukar apabila tewas 1-4 pada perlawanan pertama, dalam aksi timbal balik itu.

Pada perlawanan kedua juga mereka gagal memberikan saingan yang menyalsikan anak buah Roelant Oltmans itu tewas 2-5. – SM

Ini membolehkan Britain layak le Tokyo dengan agregat 9-3.

Pada perlawanan yang berlangsung di Pusat Hoki dan Tennis Lee Valley itu, Britain di depan menerusi penalti stroke disempurnakan Alan Forsyth minit ke-9 sebelum Sam Ward meledak jaringan padang dua minit kemudian. Mohd Fitri Saari memberi harapan apabila menyempurnakan pukulan sudut penalti minit ke-24 tetapi Ward menambah gol ketiga Britain minit ke-31.

Pakar pukulan sudut penalti negara, Razie Rahim menyumbang gol kedua minit ke-40 tetapi Forsyth terus memadamkan impian Malaysian Tigers apabila menambah dua gol minit ke-56 dan 57 sekali gus melakar hatrik.

(Visited 57 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button