Mahkamah

Pendakwah selebriti direman lima hari berhubung kes rogol

SEORANG pendakwah selebriti ditahan reman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan merogol bekas jurujual sebuah pasar raya tahun lalu.

Perintah tahanan reman terhadap suspek berusia 25 tahun itu dikeluarkan Timbalan Pendaftar Mahkamah, Mohd. Zamir Suhaimee.

Suspek sebelum itu ditahan selepas mangsa berusia 23 tahun membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut Rabu lalu kira-kira pukul 7.18 malam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib semalam berkata, mangsa telah keluar dengan suspek yang dikenali menerusi media sosial kira-kira pukul 8 malam pada 11 September tahun lalu.

“Suspek telah membawa mangsa makan di sebuah kedai di kawasan Batu 3. Selepas itu, suspek telah membawa mangsa ke rumahnya di sebuah studio di Seksyen 7 dengan alasan untuk memberikan penerangan berhubung bagaimana hendak pulih daripada penyakit kemurungan,” katanya dalam kenyataan. – SM

(Visited 365 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button