Hiburan

Pendakwah program realiti TV bukan agamawan, bukan ustaz!

DI Malaysia bukan suatu perkara atau senario baharu apabila munculnya ‘ustaz-ustaz’ want to be (wannabe). Ada juga yang berlagak menjadi ‘ustazah wannabe’ kerana merasakan ilmu agama yang ada pada diri mereka, penuh di dada. Peredaran masa dan zaman menyebabkan ada yang terus mengambil kesempatan, terutamanya stesyen televisyen untuk menerbitkan program-program reality TV yang berunsurkan agama.

Bagus, bukan tidak bagus tetapi apabila program realiti ini juga mempunyai nawaitu untuk menaikkan rating stesyen TV masing-masing maka tiada kawalan ke atas content yang diterbitkan berunsurkan agama. Tidak salah untuk mencungkil bakat bakal seorang penyebar agama tetapi yang menjengkelkan ialah apabila program cungkilan itu sudah menjadi sesuatu yang di luar landasan.

Ustaz selebritilah, ustazah selebritilah, semua dikaitkan dengan selebriti dan lebih ke arah populariti. Sedangkan ilmu agama yang ada pada diri seseorang yang bergelar ustaz atau ustazah itu adalah untuk perkongsian secara ‘low profile’ terutamanya dalam memberi pendidikan agama kepada anak bangsa.

Tidak perlu lagi nak dipersoalkan tentang mempelak imej agamawan atau ustaz serta ustazah yang benar-benar mendidik anak bangsa, memberi bimbingan keagamaan dan menuntun masyarakat yang ingin mempelajari agama Islam dengan lebih mendalam.

Sekarang isu yang dipandang ialah tentang tuduhan jenayah seks yang dihadapi oleh Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful atau diberi jolokan sebagai  Da’i Syed yang memeranjatkan.

Memetik kenyataan Pengerusi Majlis Dakwah Negara (MDN), Mahmood Zuhdi Abd Majid, beliau berkata, program realiti TV keagamaan boleh membawa kesan sampingan jika tidak dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab selain boleh mecemarkan gerakan dakwah di negara ini.

Katanya, kita kena tengok semula, jika dilahirkan selebriti dakwah yang tidak diberi asuhan mahupun pemantauan secara mendalam ia akan menjadi bahaya kepada bidang itu.

“Itulah sebabnya ada kes-kes kontroversi yang melibatkan pendakwah selebriti. Saya tidak menafikan keikhlasan selebriti dakwah tetapi apabila sudah popular, godaan terlampau banyak, kita bimbang mereka ini tidak dapat berhadapan dengan godaan itu. Maka kita perlulah hentikanpencarian pendakwah dengan cara program realiti televisyen ini,” katanya.

Isu pendakwah selebriti menjadi kontroversi apabila seorang peserta program realiti TV, Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful atau Da’i Syed berhadapan dengan tuduhan atas tuduhan seks luar tabii dan merogol melibatkan beberapa mangsa di mahkamah.

Menurut polis, pendakwah berusia 25 tahun itu digambarkan sebagai berperwatakan baik, boleh menenangkan mangsa, selain menggunakan imejnya sebagai pendakwah bagi menyakinkan mangsa mendekatinya.

Menurut Mahmood Zuhdi, masyarakat hari ini terlalu mudah  melabelkan seseorang pendakwah khususnya peserta pertandingan yang ditonjolkan menerusi program televisyen.

Apa yang masyarakat terlupa ialah mereka ini bukan agamawan malahan bukan ustaz. Mereka juga belum cukup akademik dan tidak cukup ilmu untuk dilabelkan sebagai agamawan atau ustaz.

Apabila ada ilmu tentang agama barulah mereka boleh menjadi pendakwah yang baik, kata Mahmood Zuhri. Kalangan masyarakat mempunyai persepsi yang silap apabila menyamakan pendakwah selebriti dengan ustaz atau agamawan sedangkan mereka tidak lebih daripada aktivis Islam.

Beliau berkata, tidak dinafikan bahawa pendakwah selebriti mampu memberi impak positif kepada agama namun mereka perlu dipantau, bukannya dibiarkan sesuka hati berdakwah.Cadangan beliau, adakan satu pusat latihan dakwah lanjutan selepas mereka tamat program realiti TV.

“Pusat ini akan menyediakan bimbingan bukan sahaja tentang benda-benda akademik dan ilmu agama tetapi juga tentang pegangan dan prinsip hidup.

“Menjadi pendakwah selebriti adalah perkara mencabar dari segi ketahanan (nafsu) budak-budak perempuan yang lawa-lawa minat, kemudian (tidak boleh kawal) nak berbini dua, berbini tiga, tetapi duit tidak ada,”katanya.

Mahmood Zuhri turut menggesa majlis agama Islam tidak hanya memfokuskan isu keabsahan sijil pendakwah yang berdakwah di masjid atau surau sahaja tetapi turut memantau pendakwah selebriti ini supaya ilmu disampaikan kepada masyarakat tidak terpesong.

“Masalahnya majlis agama Islam suka bertindak kepada pendakwah tradisional. Katakanlah seseorang yang lulusan daripada Al-Azhar atau mana-mana universiti Islam luar negara, kita tekan mereka supaya dapat tauliah dan sebagainya.

“Tetapi untuk pendakwah selebriti, kita biarkan pula. Jadi ia bahaya dan memberi kesan negatif. Ia juga menyebabkan masyarakat khususnya menjadi berkecamuk eramuk,” katanya. – SUMBER FMT –  SM

(Visited 680 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button