NasionalNegeri

PRN DUN Sarawak: SPR keluarkan 17, 885 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 17,885 kertas undi pos kepada yang berhak untuk mengundi secara pos.

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, ini seperti yang diperuntukkan di bawah Peraturan 3, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003 bagi PRN DUN Sarawak Ke-12.

Menurut beliau melalui satu kenyataan hari ini, pengeluaran kertas undi pos pada 8 hingga10 Disember 2021 dijalankan oleh Petugas Pilihan Raya di semua 82 kawasan DUN.

“Kesemua 17,885 kertas undi pos tersebut terdiri daripada 16,728 kategori Borang 1A (Petugas Pilihan Raya, Ahli/Pegawai SPR, Anggota Polis, Anggota Tentera, dan Petugas Media).

“Manakala 365 undi pos bagi kategori Borang 1B (warganegara Malaysia yang berada di luar negara), 679 kategori Borang 1C (9 Agensi dalam Sektor Keselamatan & Kesihatan) dan 113 Pengundi Tidak Hadir (PTH) Luar Negara,” katanya.

Menurut kenyataan yang sama, beliau berkata, proses pengeluaran kertas undi pos ini dijalankan dengan kehadiran wakil calon daripada semua parti atau individu yang bertanding.

SPR mengingatkan kepada semua pengundi pos supaya membuat penandaan pada kertas undi, mengisi dengan lengkap dan betul borang Pengisytiharan Identiti (Borang 2) serta segera mengembalikannya kepada Pegawai Pengurus DUN berkenaan sebelum jam 5.00 petang pada Hari Mengundi iaitu pada 18 Disember 2021 (Sabtu), ujarnya.

“Pengundi juga diingatkan agar sentiasa menjaga kerahsiaan undi masing-masing dengan tidak merakam gambar kertas undi pos dan menularkannya di laman media sosial,” katanya. – SM

(Visited 438 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button