JenayahNasional

Suami isteri edar ganja lebih 51 kg dihadap ke mahkamah

PASANGAN suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret Sungai Petani, hari ini atas dua pertuduhan mengedar ganja lebih 51kg bulan lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada dua tertuduh, Saiful Syamil Idris, 32, dan Nurul Wahida Mohd Adnan, 32, selepas pertuduhan dibaca jurubahasa di hadapan Majistret Kalaiarasi Muniandy.

Menurut Harian Metro, Saiful dan Wahida didakwa secara bersama mengedar dadah berbahaya iaitu kanabis seberat 768g di Lorong Astana, Bandar Sri Astana, Sungai Petani pada jam 12.30 tengah malam, 28 Ogos lalu.

Bagi pertuduhan kedua, pasangan itu dituduh secara bersama mengedar dadah berbahaya iaitu kanabis seberat 50,866g di tempat, waktu, dan tarikh yang sama.

Kedua-duanya didakwa mengikut Seksyen 39B(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Preeya Singaravelu, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Kalaiarasi menetapkan 6 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia dan tiada jaminan ditawarkan kepada tertuduh.

Menurut laporan sebelum ini, suami isteri itu dipercayai menjadi “transporter” untuk mengedar ganja bernilai RM160,000 sejak April lalu selepas ditahan polis di rumah mereka di Bandar Seri Astana. – SM

BACA Edar dadah: Suami isteri terlepas hukuman gantung

(Visited 72 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button