Berita Auto

Harga kereta dijangkan naik 1-3 peratus dengan pelaksanaan semula GST- Amlnvestment Bank

Kuala Lumpur, 3 jun (Bernama)—Harga kereta di Malysia dijangka meningkat sebanyak satu hingga tiga peritus sekiranya cukai barang dan perkhimatan (GST) dilaksankan semula, kesan yang berbeza berbanding impak daripada pelaksanaan cukai jualan dan perkhimatan (SST) pada 2018 kata AmInvestment Bank Bhd.

Penganalisis Alex Goh berkata sektor Amanah pelaburan hartanag (REIT) dan media juga dijangka terkesan manakala sektor hartanag akan terdedah kepada permintaan lemah akibat daripada harga produk yang mahal di tengah-tengah peningkatan kebimbigan kemampuan pembeli.

“REITs juga boleh mengalami trafik pengunjung dan pertumbuhan jualan penyewa yang perlahan berikutan pengurangan perbelajaan pengguna, manakala sektor media mungkin terkesan akibat daripada jumlah pelaggan dan perbelajaan pengiklanan yang berkurangan.” Katanya dalam satu nota penyelidikan hari ini.

Bagaimanapun, Gog berkata kebanyakan sektor seperti bank, minyak dan gas telekomunikasi, kuasa, penjagaan kesihatan, sarung tangan, pembuatan, perjudian dan teknologi dijangka tidak terkesan daripada pelaksaan GST.

“Pengeluar makanan penting seperti Nestle mungkin mendapat manfaat daripada bantuan tunai kepada kumpulan B40 dan kumpulan pendapatan pertegahan M40’’, Katanya.

Goh juga menjangka pelaksanaan semula GST akan membawa impak sifar kepada kebanyakan konstituen petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI), oleh itu beliau mengekalkan sasaran akhir tahun 2022 FBM KLCI pada 1,745.

Perdana Mneteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini dilaporkan sebagai berkata Malaysia sedang menimbang untuk memperkenalkan semula GST bagi meningkatkan asa hasilnya dan menampung subsidi awam.

“Beliau berkata meskipun menyedari persepsi negative yang menyelubungi GST, kerajaan tidak mempunyai banyak pilihan untuk menambah dana negara.

“perdana Menteri berkata kerajaan menyasar kadar GST yang tidak terlalu tinggi yang boleh membebankan rakyat terlalu tinggi yang boleh membebankan rakyat tidak mampu untuk menambahkan hasil,” katanya.

Goh menambah, pada Mac tahun ini Kementerian Kewangan menyatakan bahawa ia sedang menilai pengenalan semula GST sebagai sebahagian daripada pembaharuan fiscal utama utama mengukuhkan kapisiti hasil negara.

Bank Negara Malaysia turut menyuarakan sokongan kepada pelaksanaan semula GST kerana ia akan meringankan beban kewangan berat yang dihadapi kerajaan.

(Visited 348 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button