Nasionalpilihan

Pemulihan pendapatan rakyat jadi tumpuan Bajet 2022

BAJET 2022 akan memberi tumpuan kepada tiga matlamat iaitu melindungi dan memulihkan kehidupan serta mata pencarian, membina semua daya ketahanan negara dan memangkin pembaharuan.

Perkara itu dilakukan menerusi Kenyataan Pra-Bajet (KPB) bagi Bajet 2022 yang diterbitkan Kementerian Kewangan sebagai usaha untuk menambah baik proses penyediaan bajet tahunan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata, penerbitan KPB ini juga adalah yang pertama kali dilakukan di dalam sejarah tanah air.

“Langkah ini bertepatan dengan amalan terbaik di peringkat antarabangsa, iaitu KPB diterbitkan bagi meningkatkan ketelusan proses merangka inisiatif bajet tahunan, serta membina keyakinan awam terhadap pengurusan fiskal negara, terutamanya dalam kalangan pelabur,” katanya.

Menurut Zafrul, melalui penerbitan KPB, rakyat berpeluang meneliti beberapa penanda aras termasuk tinjauan ekonomi berdasarkan kepada senario ekonomi global, semakan ke atas prestasi Keluaran Dalam Negara Kasar dan unjuran ekonomi bagi tahun 2022 serta sasaran fiskal untuk 2021/2022.

Ujarnya, seterusnya ialah prestasi hasil percukaian dan inisiatif cukai yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2021 dan pakej rangsangan ekonomi pada tahun 2021.

“Dokumen KPB juga meliputi pengurusan ketirisan hasil, komitmen Malaysia di peringkat antarabangsa serta strategi meningkatkan hasil dan memantapkan sistem percukaian.

“Selain itu, KPB juga boleh mengetahui Status perbelanjaan 2021 dan faktor-faktor dalam mengoptimum dan mengawal perbelanjaan,” katanya.

Mengulas mengenai tiga tumpuan yang dalam Bajet 2022, Tengku Zafrul berkata usaha untuk meneruskan pemulihan dalam memastikan negara berjaya keluarga daripada kemelut Covid-19 akan dilakukan.

Perkara itu termasuk ggenda untuk memulih kehidupan dan sektor ekonomi yang terjejas pasca-pandemik akan diteruskan bersama usaha untuk membantu golongan rentan dan mencipta peluang pekerjaan baharu.

“Bajet 2022 akan memberi penekanan kepada usaha untuk membina semula daya ketahanan sistem kesihatan negara, mempertingkatkan infrastruktur digital dan teknologi.

“Infrastrutur itu akan difokuskan kepada sektor pendidikan dan menyediakan keperluan untuk negara beralih kepada sektor industri yang mempunyai produktiviti tinggi berasaskan teknologi automasi dan kemahiran tinggi,” katanya.

Menurut Zafrul, Bajet 2022 akan memastikan langkah pembaharuan dilaksanakan dengan memberi penumpuan kepada pencapaian Sustainable Development Goals (SDG), RMKe-12 dan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

Tambahnya, beliau yakin bahawa penerbitan KPB akan menyediakan lebih banyak peluang kepada semua pihak berkepentingan untuk memberi maklum balas masing-masing ke arah
perangkaan sebuah bajet yang memenuhi keperluan rakyat, serta selaras dengan dasar dan objektif negara. -SM

(Visited 279 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button