Politik

Hang ingat hari ini sudah jadi kerajaan ke – Khalid

MUNGKIN ada yang sukar menerima hakikat bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) sudahpun runtuh.

Oleh demikian, istilah seperti ‘pintu belakang’ masih lagi keluar daripada mulut bekas menteri yang sempat memegang kuasa selama tempoh 22 bulan.

Mungkin itulah yang dialami bekas Menteri Wilayah Persekutuan dari Parti Amanah Negara (PAN) Khalid Samad.

[BACA ARTIKEL] Please Tun, tujuh ciapan Khalid Samad kepada Dr. M pagi ini — Suara Merdeka
[BACA ARTIKEL] Surat terbuka Firdaus Wong kepada Khalid Samad isu Peguam Negara — Suara Merdeka

Terbaharu, dalam akaun Twitternya, beliau menyindir Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa apabila Ahli Parlimen Ketereh itu menasihatkannya supaya berjumpa Tun Dr. Mahathir.

ANNUAR MUSA

Khalid menyindir Annuar apabila UMNO mahu berpakat dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bagi menubuhkan kerajaan.

Langkah yang diambil oleh parti konservatif dan parti baharu itu disifatkan beliau sebagai ikut ‘pintu belakang’.

“Ni bukan 60an Nuar… ni tahun 2020 lah.. tweeter satu kebiasaan.. dan telus.

“Hang ingat hari ni dah jadi kerajaan ke? Menteri apo mu?

“Maaf naa.. tapi Nuar, kalau ya pun, lain kali cuba guna pintu depan.

“Pintu belakang tu masuk tandas… hahahaha,” katanya yang memuat naik status ini kira-kira sejam lalu.

Khianat mandat rakyat

Bagaimanapun, Khalid dilihat percaya PPBM yang sebahagian daripada PH sebelum ini mengkhianati mandat rakyat apabila bersekongkol dengan UMNO.

Menurutnya, pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 2018 lalu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dipilih menjadi kerajaan kerana rakyat mahukan perubahan.

Terbaharu, Istana Negara mengeluarkan kenyataan apabila Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah perkenan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-8.

[BACA ARTIKEL] Muhyiddin angkat sumpah Perdana Menteri esok di Istana Negara — Suara Merdeka
[BACA ARTIKEL] Agong pilih Muhyiddin sebagai PM? — Suara Merdeka

Baginda memberi perkenan selepas meneliti kesemua representasi yang dipersembahkan dan mendapati Ahli Parlimen Pagoh itu sebagai mendapat sokongan Ahli Dewan Rakyat. – SM

(Visited 139 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button