Sukan

Bekas pelari pecut negara Anita Ali meninggal dunia

BEKAS pelari pecut wanita negara, Anita Ali meninggal dunia akibat kanser payudara di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 7.15 petang semalam pada usia 59 tahun.

Anita Ali

Menurut Pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB), Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed ketika dihubungi Bernama berkata, kanser Allahyarhamah telah merebak sehingga ke hati dan tulang belakang.

“Pada Disember lepas, arwah dimasukkan ke PPUM dan pihak YAKEB membawa beliau ke hospital swasta untuk imbasan MRI dan sel kanser sudah merebak dan keadaan arwah semakin parah.

“Arwah bersungguh-sungguh melawan kanser namun meninggal dunia pada hari kelahirannya semalam,” katanya.

Untuk rekod, ketika Anita berumur 21 tahun, beliau pernah bergandingan bersama dua ratu pecut negara, G. Shanti Sajaratuldur Hamzah dan Datuk Mumtaz Jaafar dalam membaharui rekod kebangsaan acara 4×100 meter dengan catatan 45.37 saat. – SM

 

(Visited 381 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button