Negeri

Pencemaran di logi rawatan air Selangor masih tahap 1 TON

Pencemaran masih lagi dikesan di muka sauk  Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1,2,3 dan Rantau Panjang pada tahap 1 TON.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor), Elina Baseri berkata, LRA hanya boleh beroperasi apabila tahap pencemaran berada pada tahap 0 TON.

“Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang masih belum beroperasi sehingga jam 6:30 pagi.

“Ini kerana pencemaran masih lagi dikesan di muka sauk loji-loji dan berada pada tahap 1 TON. LRA hanya boleh beroperasi apabila tahap pencemaran berada pada tahap 0 TON,” kata Elina dalam satu kenyataan.

Menurutnya, bantuan bekalan air akan terus diagihkan oleh Air Selangor ke kawasan-kawasan yang terjejas melalui penggunaan lori tangki air.

Justeru beliau menyarankan pengguna mendapatkan bekalan air melalui pili-pili awam dan Pusat Khidmat Setempat (PKS) yang sedang beroperasi 24 jam sehingga bekalan pulih sepenuhnya.

Alina berkata, Air Selangor akan mengemaskini maklumat gangguan bekalan air tidak berjadual dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang kami di www.airselangor.com.

Para pengguna juga digalakkan untuk memuat turun aplikasi telefon pintar Air Selangor di Google Play atau Apps Store untuk mendapatkan maklumat terkini bekalan air.

Sebanyak 1,292 kawasan di sekitar Lembah Klang, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat mengalami masalah gangguan bekalan air tidak berjadual sejak semalam.

Gangguan yang berlaku sejak pukul 10 pagi  itu dilaporkan berpunca daripada pencemaran sumber air mentah. –

(Visited 186 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button