Nasional

Pencemaran air: Loji Rawatan Air Sungai Semenyih mula beroperasi

LOJI Rawatan Air Sungai Semenyih mula mengoperasikan pam air mentah awal pagi ini untuk kerja-kerja pembersihan paip air mentah dan tangki-tangki rawatan air.

Menurut Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. Elina Baseri, ujian persampelan yang dijalankan di muka sauk LRA Sungai Semenyih telah mencatatkan tiga kali berturut-turut bacaan 0 TON.

“Usaha untuk merawat air mentah dan menstabilkan sistem LRA akan mengambil masa selama 12 jam sebelum bekalan air boleh diagihkan kepada para pengguna.

“Bekalan air yang diagihkan akan melalui ujian kualiti air dan pematuhan standard oleh Kementerian Kesihatan Malaysia,” kata Elina.

Elina berkata, Air Selangor akan memaklumkan jadual pemulihan bekalan air secara berperingkat mengikut kawasan bagi lokasi yang menerima air dari LRA Sungai Semenyih.

Sementara itu, Air Selangor turut memaklumkan pihaknya masih mengesan pencemaran di muka sauk LRA Bukit Tampoi pada tahap bacaan 2 TON.

Pihak syarikat kini telah mengerakkan sebanyak 92 yangki air ke premis-premis kritikal, sekolah-sekolah serta kawasan perumahan yang terjejas.

Sebanyak 22 tangki statik, 10 stesen pengisian setempat, 9 pusat khidmat setempat dan 13 pili awam turut disediakan untuk kemudahan pengguna yang terjejas.

Beratus kawasan di Lembah Kelang terjejas bekalan air apabila pencemaran dikesan di LRA Sungai Semenyih dan LRA Bukit Tampoi pada Ahad lalu.-SM

 

 

 

(Visited 334 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button