AgamaNasionalRencah Hidup

Islam tidak halang hubungan mualaf dengan keluarga bukan Islam

GOLONGAN mualaf di sisi agama Islam tidak pernah menghalang mereka daripada berhubungan dengan keluarga bukan Islam. Apatah lagi dijadikan ‘alat tunggangan’ untuk mendapatkan sesuatu.

Sebaliknya adalah penting bagi saudara baharu ini terus disokong dan disantuni orang-orang Islam lain agar mereka tidak rasa keseorangan ataupun dipinggirkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata, tanda kasih sayang Allah yang tidak terhingga adalah hidayah dan kenikmatan iman.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar menyantuni saudara baharu.

Beliau berkata, dengan sokongan daripada umat Islam selain agensi dan badan-badan bukan kerajaan atau NGO-NGO Islam, saudara baharu akan terus disantuni dengan penuh rahmah khususnya mempersiapkan diri dengan ilmu agama secukupnya termasuk juga aspek kebajikan.

“Ilmu adalah perkara penting dalam mengamalkan kehidupan beragama. Justeru saudara baharu tidak akan dibiarkan keseorangan.

“Pihak berkuasa agama seperti Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) termasuk NGO Islam PERKIM akan sentiasa memberikan bimbingan dan bantuan kepada yang memerlukan,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu Dr Mohd Na’im menyaksikan pengislaman tujuh orang saudara baharu dalam satu program ringkas anjuran Perkim Datuk Keramat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar memeluk salah seorang saudara baharu lelaki yang memeluk agama Islam sebagai tanda kemesraan sesama Islam.

Beliau yang kebetulan hadir di Masjid Negara bagi menunaikan solat fardhu Zohor telah diminta oleh pihak penganjur untuk turut hadir bagi memeriahkan program yang dianjurkan itu.

Untuk makluman, JAWI telah menyediakan kelas pengajian secara formal di Kompleks Darul Hidayah (KDH) yang diuruskan sepenuhnya oleh JAWI.

Tempoh pengajian selama satu tahun enam bulan berdasarkan 3 tahap pengajian iaitu peringkat asas, pertengahan dan lanjutan.

UKHUWAH dieratkan antara seorang menteri dengan saudara baharu.

Oleh itu, bagi mualaf yang berkelayakan, bolehlah memohon untuk tinggal di asrama KDH tanpa dikenakan sebarang bayaran.

Makan dan minum mualaf turut disediakan secara percuma sepanjang penginapan dan pengajian di KDH. Dalam masa yang sama, mereka turut diberikan elaun sebanyak RM 50.00 bagi setiap kelas yang dihadiri. Kelas diadakan lima hari seminggu.

Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pihak MAIWP juga akan sentiasa membantu aspek kebajikan para muallaf dengan pelbagai program bantuan zakat.

“Selain itu, terdapat lapan masjid yang menjalankan kelas pengajian secara khusus kepada mualaf.

Selain bantuan kewangan dan kelas bimbingan, agensi Islam turut memberikan sokongan moral buat saudara baru dari masa ke semasa seperti adab menjaga hubungan silaturahim bersama keluarga.

SHAHADAH…

Apa yang paling penting adalah memastikan hubungan saudara baru ini bersama keluarga mereka yang bukan Islam terus terpelihara dan kemesraan Dr. Mohd Na’im dizahirkan apabila beliau turut memeluk semua saudara baharu (lelaki) sebagai tanda Islam itu bersaudara.

Beliau turut menyampaikan sedikit sumbangan berupa buku-buku agama sebelum berangkat pulang.

Turut hadir Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI, Ustazah Khatijah Abd Rahman, Ketua Penolong Pengarah Kebajikan Saudara Baharu, Ustazah Majidah Mokhtar dan Pengerusi Perkim Datuk Keramat, Ustaz Mohamad Suhaimi Abdul Aziz. – SM

BACA 5 Mualaf Berpengaruh Di Malaysia Dan Kisah Penghijrahannya

BACA Cina mualaf, infak RM1 juta bina Masjid Bandar Tasik Kesuma

(Visited 200 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button