Politik

Penahanan Salleh Bajuri: Pemimpin utama Bersatu dalam persoalan

TIMBALAN Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menyatakan pemimpin utama parti yang diterajui oleh bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin masih tidak dapat memberi sebarang pengesahan berhubung penahanan Bendahari Agung Bersatu, Salleh Bajuri oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis.

Azumu menurut laporan FMT hari ini berkata, setakat ini pihaknya masih tidak tahu apakah punca penahanan tersebut.

“Ditahan berkenaan apa? Saya pun tidak tahu,” katanya kepada FMT ketika ditemui selepas mesyuarat tertutup Bersatu di Publika malam tadi.

Manakala Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin meminta semua pihak menunggu maklumat rasmi dikeluarkan berhubung perkara itu.

“Apa masalahnya? Kita tidak ada masalah langsung. Kita tahu kita tidak melakukan apa-apa kesalahan. Tunggu sahaja,” katanya.

Terdahulu, FMT melaporkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki telah mengesahkan penahanan itu dan Salleh direman dua hari.

Bagaimanapun, sumber dalam Bersatu pula memaklumkan ia adalah berkait siasatan ke atas Program Jana Wibawa dan Platform Akar Umbi Pemacu Negara (AkuPN).

Jana Wibawa inisiatif yang dilancarkan kerajaan ketika wabak Covid-19 melanda untuk membantu kontraktor Bumiputera. – SM

(Visited 326 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button