Nasional
Trending

Penafian polis buktikan pusat judi kebal – Isma

SUSULAN penafian yang dibuat oleh Ketua Polis Daerah (KPD) Sungai Buloh petang tadi, pusat judi dan penjualan rokok seludup dianggap kebal.

Tanggapan sedemikian wujud apabila, pihak yang membuat aduan berkenaan jenayah tersebut dipercayai berhadapan tindakan polis.

Pengadu yang juga seorang peniaga gerai jualan burger, Mohd. Asri Hamid turut didakwa menerima tindakan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kerana melanggar undang-undang kecil.

Oleh demikian tindakan yang dihadapi oleh Mohd. Asri seolah-olah menunjukkan taukeh pusat judi dan penjualan rokok haram kebal.

Ini kerana, laporan yang mengandungi maklumat lengkap termasuk video rakaman sebagai bukti diserahkan kepada polis.

BACA > Ahmad Fayhsal yakin Pas bersama Bersatu di Sabah – Suara Merdeka

Sebaliknya, KPD, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar, memaklumkan dakwaan wujud kegiatan perjudian di Bandar Baru Sungai Buloh itu menimbulkan fitnah.

“Hari ini pihak polis Sungai Buloh tekah menafikan segalanya tersebut tetapi Mohd. Asri mempunyai maklumat lengkap termasuk video sebagai bahan bukti.

“Kenapa polis kata tiada pula?

“Pihak PBT pula seolah-olah lebih memihak kepada taukeh judi berbanding memberi perlindungan kepada seorang rakyat yang melakukan laporan.

“Apakah ini sikap yang wajar daripada sebuah PBT?

Demikian kenyataan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Aminuddin Yahaya dalam Facebooknya hari ini mengulas tindakan yang dikenakan terhadap Mohd. Asri.

Katanya, keberanian peniaga itu wajar dipuji kerana cuba membongkar kegiatan jenayah yang berlaku di hadapan matanya.

BACA > PKPP: Bekalan barangan keperluan mencukupi, mudah diperoleh – Suara Merdeka

Walaupun berisiko menerima ancaman, namun laporan beliau dianggap satu tohmahan terhadap peniaga lain disitu.

Menurut Aminuddin, walaupun laporan dan bukti sudah dikemukakan namun tuduhannya disifatkan sebagai fitnah sekali gus beliau merasakan pemilik pusat judi dan penjualan rokok seludup itu kebal.

“Apa yang didedahkan oleh Mohd. Asri ini tidak mengejutkan saya kerana taukeh-taukeh judi memang sudah sekian lama ‘kebal’ di Malaysia.

“Lebih malang lagi, apa yang menimpa beliau ini pasti menjadi persoalan yang sangat besar kepada rakyat.

“Beliau telah menjalankan pelbagai usaha membuat laporan polis di beberapa jabatan namun hasilnya sangat menghampakan.

“Lebih unik lagi, taukeh-taukeh judi tersebut tahu Mohd. Asri membuat laporan polis terhadap mereka.

“Bagaimana mereka boleh tahu pula? Siapa yang membocorkan maklumat ini apabila sepatutnya hanya beliau dan pihak polis sahaja yang mengetahuinya?” soalnya.

 BACA > Peka keadaan sekeliling, patuh SOP – Raja Muda Perlis – Suara Merdeka

Terdahulu, Suara Merdeka melaporkan Mohd. Asri dikenakan tindakan daripada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) selepas membuat laporan mengenai kewujuan pusat judi dan penjualan rokok haram berhampiran gerainya.

MBSA dikatakan tidak lagi membenarkan Mohd. Asri dan peniaga lain berniaga di kawasan tersebut.

Maklumat mengenai tindakan MBSA tular dalam Facebook selepas peniaga di sana dikatakan tidak mengemas barang niaga ketika menutup gerai.

Bagaimanapun, tindakan tersebut diambil hanya selepas beliau membuat laporan polis berhubung insiden jenayah itu.

Justeru, Aminuddin menggesa pihak polis dan PBT supaya lebih adil melindungi rakyat yang menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa.

“Saya menyeru dan merayu kepada pihak polis dan PBT, jalankanlah kerja kamu dengan jujur dan ikhlas.

BACA > Peniaga pertikai tindakan video gerai burger Sungai Buloh – Suara Merdeka

“Jangan pandang remeh pada teknologi yang ada pada hari ini kerana rakyat tidak mudah lagi diperbodohkan,” tegasnya. – SM

(Visited 198 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button