Nasional

Selangor tetapkan sasaran pelaburan RM50 bilion untuk tahun 2024

SELANGOR menyasarkan untuk menarik pelaburan bernilai RM50 bilion tahun ini, meningkat daripada RM45 bilion tahun lepas.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, sasaran itu ditetapkan memandangkan pembangunan ekonomi yang semakin baik dan keupayaan negeri menyumbang kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) sehingga 0.5 peratus tahun ini.

“Jika kita meningkatkan sumbangan kita daripada 0.4 peratus kepada 0.5 peratus kepada KDNK negara, ia akan meningkatkan bahagian sumbangan kita daripada 25 peratus kepada 26 peratus,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan resolusi Tahun Baharu di urus setia kerajaan negeri disini hari ini.

Pada 2022, Selangor mencatat sejarah apabila sumbangan negeri itu kepada KDNK Malaysia melebihi suku ekonomi negara pada kadar 25.5 peratus, dengan peningkatan 0.7 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Mengenai perobohan Stadium Shah Alam, Amirudin berkata penempatan semula pencawang Tenaga Nasional Bhd (TNB) sedang dirancang bagi mengelak gangguan bekalan elektrik di kawasan Seksyen 13.

“Kita sedang berunding dengan TNB untuk memindahkannya. Kalau kita bina (sub-stesen) baharu, ia akan mengambil masa setahun lagi baru boleh robohkan stadium, jadi kita pindahkan dulu.

“Perobohan akan dilakukan segera menggunakan alatan mesin dan bukannya bahan letupan kerana ia akan menjejaskan kejiranan di kawasan itu,” katanya. -SM

Baca : UPSI, MASKUM santuni mangsa banjir di Kota Tinggi

(Visited 38 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button