NasionalPolitik

Pemuda UMNO desak kembalikan mandat kepada rakyat

SELURUH perwakilan Pemuda UMNO yang berkumpul di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur bersetuju supaya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan segera.

Mereka sepakat supata mandat rakyat dikembalikan dengan mengadakan PRU15 dalam masa terdekat.

Persetujuan itu dizahirkan oleh 971 perwakilan yang memenuhi Dewan Tun Razak, Pusat Dagangan Kuala Lumpur (WTCKL) di Kuala Lumpur hari ini.

Ia sebagai reaksi kepada seruan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menyeru kepada barisan Pemuda untuk bersedia kerana gendang perang bakal berbunyi atau pilihan raya akan ditempuhi tidak lama lagi.

Beliau meminta mereka mengerah sepenuh tenaga tanpa alasan daripada terpaksa bergenang air mata sekali lagi


“Wahai seluruh generasi Pemuda Bangkit Kembali. Kita telah bersama dari satu pertempuran ke satu pertempuran. Kita hadapi bersama cabaran demi cabaran. Kita takkan sesekali mengalah apabila telah melangkah. Kita berikrar dan berjanji untuk terus memperkasa dan memenangkan wadah.

“Wahai pemuda teras kebangkitan, adakah kita bersedia memikul amanah parti andai diseru hari ini (pilihan raya)?

“Adakah kita rela berkorban jika gendang dipalu hari ini? Adakah kita sanggup berjuang jiwa dan raga andai Parlimen dibubar hari ini?

“Adakah kita bersetuju mandat rakyat dikembali pada hari ini? Setuju (balas perwakilan).

“Jadi Ayuh Pemuda bangkitlah kita bersedia bersama-sama,” katanya. – SM

(Visited 128 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button