Hiburan

Tahniah Nabila Razali isteri Nik Iruwan Nik Izani

Penyanyi dan pelakon Nabila Razali, 31, kini sah menjadi isteri kepada ahli perniagaan, Nik Iruwan Nik Izani , 38. Nabila menerima mas kahwin RM22.50. Pasangan ini dinikahkan pada jam 10.11 pagi tadi.

Bagaimanapun wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga. Majlis pernikahan diadakan di The Chateau Spa and Wellness Resort Bukit Tinggi, Pahang.

Dengan sekali lafaz sah milik Nabila Razali

Majlis yang bertemakan English Garden ini mendapat sentuhan rekaan Terusik Event. Majlid dihadiri kaum keluarga, rakan selebriti dan juga orang kenamaan.

Terdahulu, media melaporkan Nabila bakal menamatkan zaman bujangnya bersama pelumba kereta litar Formula  yang juga ahli perniagaan pada 13 November lalu.

Pasangan ini akan diraikan dalam satu majlis resepsi di tempat yang sama di sebelah petang.
Antara selebriti yang hadir adalah Wany Hasrita, Ara Johari, Sissy Iman, Amira Othman dan Hael Husaini.

Artikle Berkaitan :>

Nabila Razali bertunang dengan bekas pelumba litar F1

(Visited 210 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button