Politik

Pemuda PH Perak seru penyokong henti serangan

Pemuda Pakatan Harapan (PH) Perak menyeru semua ahli dan penyokong untuk menghentikan segala serangan yang boleh memberikan kesan tidak baik terhadap hubungan antara anggota parti itu.

Dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Ketua Pemuda Amanah Perak Khairol Najib Hashim dan Ketua Pemuda DAP Perak Chaw Kam Foon, mereka mahu agenda reformasi diberi tumpuan di setiap peringkat.

Mereka juga mahu persiapan dilakukan dalam menghadapi pilihan raya umum yang dijangka akan berlangsung tidak lama lagi.

“Pemuda PH Perak juga menyeru seluruh ahli dan penyokong agar menghentikan serangan yang boleh memberi kesan tidak baik terhadap hubungan baik anggota parti PH.

“Dalam pada itu, Pemuda PH Perak juga bertekad untuk memperkukuh hubungan sesama parti dalam PH bagi membentuk kesepakatan bersama dalam menghadapi sebarang isu yang berbangkit.

“Berdasarkan perkembangan politik mutakhir ini, gerak kerja dan persiapan Pemuda PH Perak juga akan difokuskan kepada persiapan Jentera Pilihan Raya dalam menghadapi sebarang kemungkinan,” kata mereka dalam satu kenyataan.

Pakatan Harapan kini dalam persimpangan apabila kepimpinan Amanah dan DAP mahu agar Tun Dr. Mahathir Mohamad diberi peluang menjadi calon perdana menteri ke-10.

Kedua-dua parti itu mahu Dr. Mahathir memimpin negara selama enam bulan sebelum kuasa perdana menteri diserahkan kepada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

PKR dalam masa yang sama menolak sama sekali Dr. Mahathir menjadi perdana menteri semula buat kali ketiga. Mereka mahu agar Anwar menjadi calon perdana menteri ke-9.-SM

(Visited 198 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button