Politik

Pemuda Pas dukung keputusan Hadi beri laluan pada PN, BN

Dewan Pemuda Pas Malaysia mendukung keputusan parti itu untuk memberi laluan kepada rakan dalam Parikatan Nasional dan Barisan Nasional bertanding di Pilihan Raya Negeri Sabah.

Ketuanya, Ir. Khairil Nizam Khirudin berkata, Pemuda Pas menyahut seruan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengambil pendirian untuk memberikan laluan kepada rakan-rakan bagi memastikan pertandingan dua penjuru dapat diserlahkan dalam PRN Sabah.

Khairil Nizam berkata, jentera Pemuda Pas akan turun di Sabah untuk membantu rakan-rakan PN dan BN yang bertanding.

“Menyahut seruan Presiden Pas, Pemuda Pas mendukung keputusan parti memberi laluan kepada rakan-rakan parti lain untuk bertanding di semua 73 kerusi.

“Pemuda PAS akan bersama dengan jentera Pemuda Pas Sabah bagi membantu rakan kerjasama dari UMNO, BERSATU dan parti lain yang bertanding dalam PRN kali ini,” kata Khairul Nizam.

Abdul Hadi hari ini berkata, Pas menghormati sikap rakan-rakan di Sabah yang berhasrat untuk bertanding di kesemua 73 kerusi pada PRN Sabah setelah usaha rundingan dimuktamadkan.

“(Langkah ini) demi memelihara permuafakatan yang terjalin serta mengambil kira implikasi politik di masa mendatang.

“Keutamaan Pas adalah persiapan untuk menghadapi PRU15 yang dijangka dalam masa terdekat, di samping komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dalam Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN),” kata Abdul Hadi.

Sementara itu, Khairil Nizam berkata, kegagalan kerajaan-kerajaan sebelum ini, harus diperbaiki dengan kerajaan baru yang berjiwa rakyat, dan bersatu demi manfaat warga Sabah.

Justeru beliau mengajak semua rakyat Sabah untuk bersama turun mengundi dalam pilihanraya ini demi masa depan Sabah yang lebih baik.

“Undilah calon yang mampu membuat perubahan demi warga Sabah. Ayuh corakkan kembali negeri ini menjadi sebuah negeri yang maju dan gemilang,” kata Khairil Nizam.-SM

(Visited 248 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button