Rencah Hidup

Resipi Donut Peach viral

SELEPAS tular buah peach viral kini seorang wanita berkongsi resipi masakannya, donut peach melalui page Masak Apa Hari ini.

Penguna akaun facebook itu NormalaAhmadan menerima like seramai 6k melalui facebook.

Perkongsian dari NormalaAhmadan

“Alhamdulilah.. saja try buat donut ini sebab tengok kat facebook keluar cerita pasal donut peach viral, buah peachnya tak pernah makan pun, resipi Google tapi kita olah dengan cara kita versi kuih, dijamin lembut sampai esok.

Bahan-bahan
4 cawan tepung gandum
1 sudu besar majerin
1 sudu besar shortening
1sudu kecik baking powder
Sedikit garam
2 sudu besar susu tepung
(Gaul mesra hingga sebati)
1 paket yis kering
1 cawan air suam
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar susu pekat
(Satukan..kacau dan biar yis berbuih serta kembang pastikan yis aktif)
1 biji telur pukul berasingan
Sedikit pewarna red velvet. Kalau tiada warna merah pun ok juga

Cara-cara
-tuang campuran yis yang dah kembang tadi ke dalam mangkuk berisi tepung. Masukkan telur, uli sehinga tak melekat di tangan (dah jadi doh baru letak pewarna) curah sikit pewarna red velvet/warna merah uli sekadar untuk mendapatkn corak.
-biarkan adunan mengembang selama 1 jam
-bentukkan adunan
Biarkan Lagi hingga kembang sedikit
-goreng dengan api kecil.
-dah sejuk sedikit boleh la tabur dengan gula castor
-siap
(Ni cara sy selalu buat donut cuma part warna tu je sy tukar)
Boleh Cuba n saya halalkan resepinya. Terima Kasih.

Artikle Berkaitan:>

Disebalik khasiat Donut Peach viral

Nyawa wanita ini hampir melayang selepas makan buah ‘donut peach’ viral

(Visited 232 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button