KemalanganNasional

Pemuda ditemui mati dalam McLaren 570S

SEORANG pemuda berusia 28 tahun ditemui maut di dalam sebuah kereta McLaren 570S di tepi Jalan Gelang Off Jalan Sungai Besi, Kuala Lumpur petang semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Delhan Yahaya berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 6.42 petang.

“Mangsa beralamat di Klang, Selangor telah ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam kereta,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, sepasukan Unit Forensik dari Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur telah ke lokasi kejadian pada pukul 8.49 malam.

“Tiada sebarang kesan kecederaan ditemui pada badan mangsa dan mayat telah dihantar ke Forensik Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat,” katanya dan menambah kes di klasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sementara itu, Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, sepasukan 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pudu dikerah ke lokasi kejadian selepas menerima aduan pada pukul 6.03 petang.

“Pasukan bomba bertindak membuka pintu kereta berkenaan menggunakan alatan khas, sebelum pasukan perubatan mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya. – SM

(Visited 833 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button