AgamaNasionalNegeri

MAIPs terima Sijil Tanpa Teguran Ketua Audit Negara 11 tahun berturut-turut

MAJLIS Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menerima Sijil Tanpa Teguran dari Ketua Audit Negara bagi penyata Kewangan jabatan itu bagi tahun 2022 buat kali ke 11 berturut-turut sejak tahun 2012.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Yang DiPertua MAIPs berkenan berangkat menghadiri majlis penyerahan sijil tersebut yang diterima daripada Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi di Galeri DiRaja Arau.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan berbual dengan Wan Soraya semasa berangkat ke majlis Sijil Tanpa Teguran dari Ketua Audit Negara di Galeri Diraja Arau.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Yusran Shah Mohd Yusof, Mufti Perlis, Prof. Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Ketua Hakim Syarie Perlis, Jaidi Ahmad, Timbalan Yang DiPertua MAIPs, Dr. Hazman Hassan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Pihak MAIPs telah melaksanakan pengurusan kewangan berdasarkan ketetapan yang digariskan oleh Jabatan Audit Negara yang mana penyata kewangan telah disediakan dan dipersembahkan mengikut piawaian, angka-angka yang diperakaunkan menepati serta mematuhi standard perakaunan yang diterima pakai.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bergambar dengan Ketua Audit Negara dan pengurusan MAIPs di Galeri Diraja Arau.

Tuanku Syed Faizuddin Putra menzahirkan ucapah tahniah kepada pihak MAIPs atas penerimaan sijil ini.

Rekod baik ini perlu dan wajar dikekal pada tahun-tahun berikutnya serta menjadi contoh kepada agensi-agensi yang lain di negeri Perlis. – SM

(Visited 34 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button