MahkamahNasional

Dua lelaki dihadap ke mahkamah jual pengurniaan “Datuk Seri”

DUA lelaki dituduh di Mahkamah Shah Alam susulan terlibat penipuan menjual pengurniaan “Datuk Seri” pada harga RM600,000.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, dua suspek berkenaan ditahan dalam dua serbuan berasingan di Melaka dan Selangor pada 15 dan 17 Mac lalu.

GAMBAR HIASAN

Beliau berkata, pada Februari lalu, pihaknya menerima satu laporan daripada seorang mangsa mendakwa ditipu dalam urusan mendapatkan pengurniaan darjah kebesaran negeri dengan syarat membuat bayaran sumbangan RM600,000.

“Untuk meyakinkan mangsa, suspek memberikan sepucuk surat kononnya dikeluarkan pihak istana bagi pengurniaan darjah tersebut.

“Akibat terpedaya dengan penipuan dan surat yang diterima, mangsa menyerahkan wang sebanyak RM140,000 secara berperingkat.

“Bagaimanapun, mangsa berasa ditipu apabila mendapati namanya tidak ada dalam senarai penerima darjah,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Hussein berkata, semakan dengan pihak Istana Selangor mengesahkan tiada surat seperti itu dikeluarkan selain ia adalah palsu.

Katanya, kedua-dua suspek dituduh di Mahkamah Shah Alam mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Beliau turut menasihatkan orang awam tidak terpedaya dengan tipu helah dilakukan individu atau kumpulan tertentu dalam urusan “pembelian darjah kebesaran”.

“Polis mendapat pengesahan bahawa tidak sesekali wujud penjualan darjah kebesaran daripada pihak istana. Kegiatan jenayah ini juga mencemarkan nama baik dan imej Istana Selangor,” katanya. – SM

BACA Lelaki dengan gelaran ‘Datuk Seri’ akan didakwa di AS

BACA Mahkamah Majistret perintahkan Hafidz Roshdi dihantar ke Hospital Bahagia

(Visited 179 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button