Nasional

Polis nasihat agar berhati-hati di tengah keterujaan pengeluaran KWSP

KUALA LUMPUR: Polis mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada terhadap penipu yang menyasarkan mereka yang bercadang mengeluarkan RM10,000 daripada akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Timbalan Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata polis akan giat memantau kegiatan tidak bertanggungjawab di tengah-tengah keterujaan orang ramai berhubung penarikan khas yang diumumkan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob semalam.

“Kami akan memantau dan mengingatkan orang ramai (mengenai penipuan) melalui media sosial setiap hari,” katanya dalam sidang media.

Razarudin berkata, sebelum ini masih ada yang menjadi mangsa penipuan walaupun mendapat nasihat polis termasuk mengenai modus operandi penipu itu.

“Kami mengingatkan orang ramai setiap hari tetapi masih ada orang yang ditipu. Saya tidak faham bagaimana ia berlaku walaupun diberi peringatan,” katanya.

Perdana menteri berkata kerajaan telah membuat keputusan sukar untuk membenarkan orang ramai menggunakan semula simpanan persaraan mereka kerana sebilangan rakyat Malaysia masih terjejas dari segi kewangan akibat impak ekonomi akibat pandemik Covid-19 sejak dua tahun lalu.

Sebelum ini, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz berkali-kali berkata kerajaan tidak akan membenarkan pengeluaran semula selepas ia dilakukan di bawah tiga skim, i-Lestari, i-Sinar, dan i-Citra pada 2020 dan 2021.

(Visited 254 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button