Luar Negara

Peminat terkejut pelakon Squid Game, Jung Ho Yeon terlalu kurus

PEMINAT bintang Squid Game, Jung Ho Yeon terkejut dan runsing dengan penurunan berat badan yang sangat ketara yang dialami oleh artis daripada Korea Selatan itu sejak kejayaan antarabangsa drama itu.

Gambar terbaru artis berusia 27 tahun itu menampilkan dia dalam pelbagai pakaian tetapi ada satu imejnya semasa memakai gaun Louis Vuitton berwarna hitam yang menunjukkan bentuk badannya yang sangat kurus.

Dalam gambar yang diambil dari gala filem di Los Angeles, Amerika Syarikat bulan lalu, tulang dada dan tulang bahagian rusuknya jelas kelihatan selain lengannya yang sangat kurus.

Menurut laporan berita, model dan juga pelakon yang mempunyai tinggi 179cm dan berat 49kg itu baru-baru ini mendedahkan bahawa dia baru sahaja kehilangan berat sebanyak 4kg kerana kesibukannya di AS.

“Saya tidak sempat makan pun, jadi berat badan saya turun dengan banyak.

“Semua pakaian yang sesuai untuk saya ketika pertama kali datang ke Amerika terlalu longgar sekarang,” katanya.

Dalam temu bual lain dengan The Hollywood Reporter baru-baru ini, artis yang menjadi duta global Louis Vuitton pada bulan Oktober juga berkata bahawa dia kehilangan hampir 3kg dalam seminggu.

Perkara tersebut berlaku apabila drama Squid Game menjadi hit antarabangsa sejurus selepas ia dikeluarkan pada bulan September.

“Saya tidak boleh makan, ia bukan kerana tekanan, saya tidak tahu perasan ini, saya seperti kehilangan diri saya sendiri,” katanya.

Peminat dan rakan artis sejak itu telah menyatakan kebimbangan mereka di media sosial dan menasihatkannya untuk menjaga diri dan memastikan dirinya mempunyai masa untuk makan dengan betul. – SM

(Visited 336 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button