Hiburan

Peminat Setia Tak Sanggup Letak Harapan, Takut Filem Keluang Man Cuma Mimpi

Jenama Keluang Man tersangatlah berhantu kerana berpuluh-puluh tahun banyak pihak mahu menjadikannya sebagai filem, sering kali bertemu kegagalan adalah jawapan paling tepat.

Hal ini demikian kerana pemilik IP Keluang Man ini terlalu cerewet demi menjaga haknya sebagai pemilik IP dan tidak mahu ada mana-mana pihak menggunakan jenama Keluang Man sewenang-wenangnya.

Berbeza dengan netizen yang tidak tahu apa-apa, mereka cuma tahu minta sahaja sedangkan usaha untuk merealisasikannya bukannya semudah A B C.

Namun demikian, dek kerana jenama Keluang Man memiliki pengaruh serta kuasa membeli yang besar, penggemar Keluang Man pun kini ada yang sudah memiliki anak lapan, dijangka semua ke pawagam.

Bayangkan filem Keluang Man ini ditujukan kepada anak-anak, mak ayah mungkin takkan melayan namun filem Keluang Man mungkin berbeza.

Apa-apa pun, tahniah diucapkan kepada Astro Shaw kerana berjaya berurusan dengan pemilik IP Keluang Man setelah melalui pelbagai proses, ubah M O U dan sebagainya sehinggalah berita ini diumumkan secara rasmi.

(Visited 491 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button