NasionalNegeriTravel

Raja Muda Perlis ke Projek Agropelancongan Teluk Syed Grape Park

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat mengadakan kunjungan ke Projek Agropelancongan Teluk Syed Grape Park di Jalan Sungai Batu Pahat, Kampung Syed Omar, Kangar baru-baru ini.

Projek ini telah bermula pada tahun 2020 dengan kerjasama 3 orang rakan kongsi yang terdiri dari Dr. Noram Azlan Ramli, Zairizal Zainon dan Ahmad Fatyrizal Zakaria.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan melihat anggur pada Projek Agropelancongan Teluk Syed Grape Park di Jalan Sungai Batu Pahat, Kampung Syed Omar, Kangar baru-baru ini.

Bermula dengan minat yang sama dalam tanaman anggur dan kajian penyelidikan dan pembangunan sendiri selama 2 tahun, projek berkeluasan 2 ekar ini yang berkonsepkan agropelancongan.

Pengunjung boleh menikmati suasana dan memetik anggur seperti di luar negara serta dapat menikmati beberapa elemen lain yang menarik seperti aqua tourism (udang galah, ikan tilapia), kelulut, tanaman markisa, ruby longan, kopi, kelapa, dan durian serta teh herba.

Di samping itu, kedudukan strategik TSGP di Teluk Syed yang dibelakangi bukit Banjaran Nakawan menjadikan suasana sekeliling pusat ini sangat mendamaikan.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan memetik anggur ketika berkunjung ke Projek Agropelancongan Teluk Syed Grape Park di Jalan Sungai Batu Pahat, Kampung Syed Omar, Kangar baru-baru ini.

Terdapat tiga konsep tanaman anggur yang dijalankan di sini iaitu tanaman secara tanam terbuka, tanam di dalam rumah hijau (full greenhouse dan semi greenhouse).

Terdapat juga tanaman yang diusahakan secara fertigasi dengan menggunakan media sekam bakar dan teknik ini merupakan kajian bagi menghasilkan pembuahan anggur yang lebih cepat dan mudah diuruskan.

Kebanyakan varieti yang ditanam adalah berasal dari beberapa negara seperti Ukraine, Jepun, Amerika Syarikat dan Turkiye. Pemilihan varieti adalah sangat penting terutamanya dalam memastikan ia sesuai ditanam dengan cuaca di Malaysia dan amnya di Perlis.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan melihat buah markisa ketika berkunjung ke Projek Agropelancongan Teluk Syed Grape Park di Jalan Sungai Batu Pahat, Kampung Syed Omar, Kangar baru-baru ini.

Antara varieti yang menjadi pilihan utama ialah Veles, Dixon, Transfigurasi, Haloween, Baikonur dan terkini, mereka telah berjaya membuahkan anggur premium Shine Muscat Jepun di sini.

Perancangan masa depan dan jangka masa panjang TSGP adalah untuk menjadikan pusat ini sebagai sebuah pusat ‘agro education’, glamping dan kafe.

Tuanku Syed Faizuddin Putra menzahirkan agar projek agro pelancongan ini akan mencapai kejayaan dan berkembang dengan maju.

Baginda berharap agar projek ini juga akan menjadi salah satu tarikan para pelancong bagi memeriahkan lagi Tahun Melawat Perlis 2024-2025. – SM

BACA Raja Muda alu-alukan kerjasama semua gerakkan pelancongan Perlis

(Visited 88 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button